Ketika bercuti di Turki, tidak ramai yang akan melepaskan kesempatan luar biasa untuk mencuba Cheesecake Istanbul di sana kerana ia agak sukar ditemukan di Malaysia.
Di Istanbul, pencuci mulut ini dikenali sebagai San Sebastian Cheesecake atau lebih umum sebagai burnt cheesecake. Walaupun agak serupa, tetapi tekstur krimnya sedikit berbeza.
Kami menemui sebuah video menarik di TikTok dari tokdaddy_choccake yang menunjukkan cara membuat kek viral Cheesecake Istanbul dengan cara yang sangat mudah. Mari kita cuba!
Baca juga: Cara Orang Bujang Menyiapkan Mango Cheesecake Tanpa Bakar Atau Kukus!
RESIPI CHEESECAKE ISTANBUL

Kredit Gambar: Kezia Lynn dari pexels
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Pertama, hancurkan cream cheese dalam mangkuk dan masukkan gula pasir secara beransur-ansur sambil diaduk rata.
2. Selepas itu, masukkan telur satu persatu sambil mencampurkan dengan adunan.
3. Masukkan tepung jagung dan whipping cream sedikit demi sedikit, lalu aduk rata (adunan mungkin akan menjadi sedikit cair).
4. Kemudian, sapukan sedikit mentega atau marjerin ke dalam loyang (saya menggunakan ukuran loyang 24″ x 8″).
5. Potong baking paper (pastikan lebih besar daripada loyang, bahkan sedikit lebih besar juga tidak mengapa) dan remukkan, kemudian letakkan di dalam loyang dan sapukan lagi.
6. Selanjutnya, ambil baking paper lain (lebih besar dari loyang) dan letakkan di atas baking paper yang pertama (buat dua lapik).
7. Masukkan adunan dan ratakan sehingga permukaan loyang.
8. Bakar dalam suhu 180ºC atau 200ºC selama 50 minit.
9. Setelah dibakar, biarkan sejuk pada suhu bilik terlebih dahulu dan simpan dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam.
10. Akhir sekali, potong kek dan letakan di atas pinggan secara menyerong, dan tuangkan sos coklat di atasnya. Siap untuk dinikmati!

Kredit Gambar: Facebook Anja Sniehotta-Dolay
Keistimewaan Cheesecake Istanbul yang viral di Malaysia adalah kerana ia tidak memberikan rasa muak meskipun kaya dengan cheese.
Dengan teksturnya yang lembut dan berkrim, serta ditambah dengan sos coklat pekat menjadikannya semakin sedap. Senang kata, mereka yang tidak menggemari kek keju pun boleh terpesona!
Selamat mencuba!
Kredit gambar muka depan: Kezia Lynn dari pexels, Facebook Anja Sniehotta-Dolay
Sumber: tokdaddy_choccake
Baca juga: Burnt Cheesecake Air Fryer Tanpa Gagal, Resipi Ini Boleh Siap Dalam 30 Minit!