Berbagai hidangan lauk dari kuliner India yang disukai ramai dan salah satunya adalah resepi Ayam Varuval yang dianggap enak berkat kombinasi rasa yang sangat mengagumkan.
Resepi Ayam Varuval adalah salah satu lauk yang disukai ramai dan terkenal dari India Selatan. Selain disiapkan secara kering, hidangan ini tidak menggunakan santan sama sekali.
Biasanya, resepi Ayam Varuval memanfaatkan ayam goreng yang dipadukan dengan bahan lain seperti serbuk ketumbar, cili kering, bawang, dan rempah ratus. Oleh sebab itu, aromanya sangat menggugah selera.
Baca juga: Ayam Tandoori Homemade, Rasanya Mirip seperti di Kedai Mamak!
RESEPI AYAM VARUVAL
Bahan-bahan untuk perap ayam:
Bahan-bahan untuk varuval:
- 4 sudu besar jintan manis
- 15 ulas bawang putih
- Daun kari
- Cili kering
- 3 biji bawang besar (semakin banyak semakin enak)
- Pes bawang putih dan halia
- 1 biji tomato
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, perapkan ayam (setengah ayam) dengan pes bawang putih dan halia (bawang putih dan halia yang dihancurkan), serbuk kunyit, serbuk kari, dan garam selama satu jam.
2. Setelah selesai perapan, anda boleh menggoreng ayam seperti biasa dengan teknik deep frying (goreng celur).
3. Selanjutnya, goreng jintan manis dalam minyak dan ketepikan untuk sementara.
4. Tumis cili kering, bawang putih, daun kari dan ketepikan juga (anda bisa menambah sesuai selera kerana tidak akan pedas dan bau bawang putih, jika ditambah akan lebih lezat).
5. Seterusnya, panaskan minyak dan tumis bawang besar, pes bawang putih dan halia, serta tomato hingga bawang menjadi layu.
6. Setelah bawang layu, masukkan serbuk cili kering Babas atau boleh kisar cili kering (tambahkan mengikut cita rasa masing-masing kerana varuval tidak boleh terlalu pedas, nanti rasanya kurang sedap).
7. Masak dengan minyak sahaja, tetapi jangan tambahkan air kerana kelembapan dari bawang sudah mencukupi (oleh itu, bawang perlu ditambah lebih sedikit).
8. Tambahkan garam dan gula, kemudian tunggu sehingga garing dan pecah minyak (varuval harus garing dan sedikit manis).
9. Tambahkan rasa dan gabungkan bahan-bahan yang telah digoreng (jintan manis, cili kering, bawang putih, daun kari), lalu aduk dengan teliti.
10. Terakhir, masukkan ayam goreng dan aduk hingga rata, kemudian tambahkan sedikit perasa lagi (jika ingin menambah bahan perasa, boleh lakukan). Siap untuk dihidangkan!
Untuk memperindah hasil dari resepi Ayam Varuval ini, anda boleh menaburkan daun pudina dan daun ketumbar di atasnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Kalaivani Krishnasamy
Baca juga: Resepi Kari Ayam Bangladesh Mudah Tanpa Santan, Cuma 3 Langkah Sudah Siap!