Bagi mereka yang gemar mencipta sendiri ramuan masakan di rumah, ia lebih terjamin dan memuaskan. Kali ini, kami ingin berkongsi resepi tepung kelapa homemade yang amat bermanfaat.
Tepung kelapa dihasilkan dari parutan kelapa yang telah dikeringkan, yang kaya dengan serat dan rendah karbohidrat, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang sedang menjalani diet.
Kami menemui sebuah video yang dikongsi oleh ummuZALiNA di YouTube dan percaya bahawa resepi tepung kelapa homemade ini pastinya berguna untuk anda di rumah. Mari kita cuba!
Baca juga: Resepi Kaya Versi Homemade Tanpa Pengawet, Lebih Sedap Dan Asli
RESEPI TEPUNG KELAPA HOMEMADE
Bahan-bahan:
- 1 biji kelapa parut
- 4 cawan air suam
- 2½ cawan air masak biasa
Cara penyediaan:
1. Pertama sekali, kisar sebiji kelapa parut bersama 2 cawan air suam.
2. Selepas itu, peras lebihan santan ke dalam mangkuk.
3. Kemudian, kisar sekali lagi dengan 2 cawan air suam.
4. Setelah itu, peras lebihan santan sekali lagi.
5. Seterusnya, kisar untuk kali ketiga dengan 2½ cawan air biasa.
6. Perah lebihan santan dan ambil hanya serbuknya, kemudian letakkan di atas kuali non-stick.
7. Sekiranya cuaca panas, jemur di luar selama beberapa jam.
8. Setelah dijemur, panaskan di atas dapur dengan menggunakan api yang paling perlahan.
9. Sambil-sambil itu, seringlah mengacau agar ia sebati dalam kira-kira 25 hingga 30 minit.
10. Setelah serbuknya menjadi agak kering, matikan api dan biarkan sejuk selama 15 minit. Setelah itu, tapis dan simpan dalam bekas. Kini siap untuk digunakan!
Anda boleh memanfaatkan hasil daripada resepi tepung kelapa buatan sendiri ini untuk menyediakan pelbagai jenis masakan yang lazat dan lebih autentik menggunakan sentuhan peribadi di rumah.
Antara hidangan yang dapat disediakan dengan tepung kelapa adalah seperti lempeng, kek, roti, cekodok, apam dan banyak lagi. Memandangkan ia mudah hancur, anda juga boleh menambah sedikit tepung beras ke dalam adunan.
Selamat mencuba!
Sumber: ummuZALiNA
Baca juga: Resepi Rempah Kari Homemade, Boleh Simpan Dalam Bekas Siap-Siap!