Terdapat pelbagai resepi kek marble, namun kek marble pisang ini jarang dipraktikkan. Oleh itu, ia boleh dianggap unik dan benar-benar ‘rare’.
Jadi, mari MyResipi kongsikan resepi kek pisang marble yang pasti lembut. Apabila digigit, ia terus mencair dan meleleh dalam mulut.
Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Menggunakan Sukatan Cawan!
RESEPI KEK MARBLE PISANG
Bahan-bahan:
- 150g tepung naik sendiri
- 120g gula
- 4 biji telur gred A
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu makan ovalet
- 30ml susu segar
- 100g butter/marjerin (dicairkan)
- 4 biji pisang yang sesuai (dilenyekkan)
Cara-cara:
- Putar semua bahan yang bertanda (*) hingga kembang dan pekat.
- Selepas itu, masukkan butter atau marjerin yang telah dicairkan. Gaul hingga sebati.
- Seterusnya, tambahkan pisang yang telah dilenyek dan terus kacau hingga rata.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 7 inci.
- Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar pada suhu 160°C selama 1 jam.
- Apabila kek telah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
- Setelah sejuk, boleh terus dihidangkan.
Tips:
- Jika terdapat serbuk coklat Milo, boleh tambahkan ke dalam adunan sebanyak 2-3 sudu besar.
- Selain serbuk coklat, boleh juga masukkan sedikit serbuk Horlicks.
- Jika kedua-dua bahan tersebut tidak ada, gunakan 1 sudu besar serbuk koko untuk mendapatkan aroma coklat.
Kredit resepi dan gambar: Khairunnisa Mohammad
Baca juga: Resipi Kek Batik Magnum Yang Menarik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!