Apabila ingin mengolah Nasi Lemak Kukus yang mudah, ikutilah resipi yang kami sampaikan ini. Selain itu, cara masak seperti ini sangat digemari ramai kerana tidak meninggalkan kerak sama sekali.
Nasi Lemak merupakan hidangan tradisional masyarakat Melayu yang terkenal di Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Brunei. Jika berkunjung ke Malaysia, pelancong luar pasti tidak akan melepaskan kesempatan untuk menikmati sajian ini.
Apa sebab Nasi Lemak diberi nama demikian? Sesungguhnya, ia berasal dari rasa nasi itu sendiri yang sangat berlemak. Berbeza dengan nasi biasa, ia dimasak menggunakan santan.
Di samping santan, Nasi Lemak juga dimasak bersama bawang putih, halia, serai, dan daun pandan bagi menambah lagi aroma dan rasa nasi ini.
Natasya Nadia telah berkongsi resipi Nasi Lemak Kukus di Facebook yang sangat mudah dengan hanya menggunakan 5 bahan sahaja. Jom kita cubalah!
Baca juga: Sambal Kerang Pedas Manis, Ramai Kata Sedap Dimakan Dengan Nasi Lemak!
RESIPI NASI LEMAK KUKUS
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, masukkan beras dan semua bahan ke dalam kuali.
2. Kemudian, masak sehingga santan kering.
3. Selepas itu, panaskan pengukus terlebih dahulu.
4. Kemudian, alihkan ke dalam pengukus yang sudah dipanaskan.
5. Akhir sekali, kukus sehingga nasi masak. Sedia untuk dihidangkan!
Sebenarnya, cara memasak seperti ini telahpun digunakan oleh penduduk kampung pada zaman dahulu. Oleh kerana era semakin moden, ramai yang mula menggunakan periuk nasi untuk memasaknya.
Setelah selesai Nasi Lemak Kukus ini, anda akan mendapati hasilnya sangat memuaskan kerana nasinya menjadi butiran berasingan dan tidak meninggalkan kerak dalam pengukus.
Nasi Lemak bukan sahaja sedap dinikmati pada waktu sarapan, malah boleh dihidangkan sebagai hidangan tengah hari atau malam juga. Mudahnya, bila-bila sahaja boleh dinikmati.
Selamat mencuba!
Sumber: Natasya Nadia
Baca juga: Nasi Lemak Utara, Cara Memasak Tanpa Santan Ini Lebih Sedap Dan Beraroma