Jika anda belum merasai Mooncake Thousand Layer, kami syorkan anda mencuba cara buat Mooncake ini sekali dalam hayat anda kerana keenakannya sangat luar biasa.
Apabila berbicara mengenai Mooncake, pasti anda terbayangkan kuih tradisional Cina yang memiliki bentuk bulat, berpola cantik dan diisi dengan berbagai jenis inti.
Mooncake Thousand Layer adalah sejenis kuih berinti kacang merah yang luarannya berlapis-lapis berkat resipi kulit karipap pusing.
Babylynn Bong telah berkongsi cara membuat Mooncake Thousand Layer menggunakan resipi kulit karipap pusing oleh Azhariah Adnan di Facebook. Mari kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Kulit Karipap Pusing Langkah Demi Langkah, Rangupnya Tahan Lama!
CARA BUAT MOONCAKE THOUSAND LAYER
Bahan-bahan:
Bahan-bahan doh A (doh luar):
- 1200gram tepung gandum ros
- 70gram tepung jagung
- 115gram marjerin pelangi
- 520gram air
- 2 sudu gula (guna sudu sup)
- 2 tutup botol air mineral garam
Bahan-bahan doh B:
- 55gram tepung beras
- 170gram tepung gandum
- 115gram marjerin
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama, sediakan doh A dengan mencampurkan tepung gandum, tepung jagung dan marjerin bersama gula, garam, dan air ke dalam satu bekas.
2. Kemudian, gaul dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
*Masukkan 500gm air dahulu, jika terasa keras, tambah sedikit demi sedikit mengikut kualiti tepung.
3. Bulatkan doh dan timbang setiap satu seberat 200gram, lalu ketepikan sebentar.
4. Sediakan doh B dengan mencampurkan tepung beras, tepung gandum dan marjerin, lalu gaul hingga rata.
5. Bentukkan doh menjadi bulat dan timbang setiap satu seberat 35gram.
6. Ambil doh A dan isikan dengan doh B, kemudian tutup dengan rapi dan ulangi sehingga semua doh habis.
7. Ambil satu bebola dan gelek menjadi memanjang, kemudian gulung dari bawah ke atas. Sebelum menggulung, boleh sapukan sedikit shortening.
8. Seterusnya, hiris, ambil satu potong doh dan gelek hingga lebar.
9. Letakkan inti kacang merah di tengah, bungkus dengan kemas dan potong lebihan doh.
10. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng hingga keemasan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!
Jika ingin menghasilkan kuih yang berbeza dari yang biasa, bolehlah mencuba cara buat Mooncake Thousand Layer ini. Kerangupan kulit luar yang memikat dengan inti kacang merah pasti menggoda selera.
Selamat mencuba!
Sumber: Babylynn Bong, Azhariah Adnan
Baca juga: Pau Goreng Kacang Merah, Ini Rahsia Dalam Yang Gebu Macam Kapas