Mungkin ramai yang tidak menyedari, kulit dan kepala udang yang selalu kita buang sebenarnya boleh diproses menjadi serbuk penguat rasa makanan yang enak untuk hidangan!
Menurut Rusyainie Ramli, serbuk udang ini dapat digunakan untuk menambah citarasa dan memberikan dimensi umami kepada masakan kita.
Bukan hanya itu, kita juga tidak merasa membazir saat membuang kulit dan kepala udang, kerana ia boleh dimanfaatkan untuk sesuatu yang lebih bermakna!
Baca juga: Cara Penyediaan Serbuk Pati Ayam Homemade. Tanpa Gula, Garam, MSG & Bahan Pengawet!
CARA MENYEDIAKAN SERBUK PENGUAT RASA MENGGUNAKAN KEPALA & KULIT UDANG
Bahan-bahan:
- Kepala dan kulit udang (dibuang dari isi udang)
Langkah-langkah:
- Siapkan kepala dan kulit udang yang telah dibuang isi.
- Atur kulit udang di dalam ketuhar. Jika kuantiti banyak, penggunaan ketuhar adalah lebih efisien berbanding air fryer (penggoreng tanpa minyak), kerana air fryer memerlukan lebih banyak masa dan perlu diubah kedudukan agar garing secara merata.
- Set suhu ketuhar pada 140°C dan panggang kulit udang sehingga benar-benar kering. Pastikan kulit udang benar-benar kering, kerana jika tidak, serbuk udang akan menjadi lembap.
- Selepas kering, keluarkan kulit udang dari ketuhar dan biarkan sejuk.
- Setelah sejuk, kisar kulit udang hingga halus.
- Simpan serbuk udang dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk.
Petua:
Serbuk udang ini boleh digunakan sebagai penguat rasa umami dalam masakan, menyerupai pengganti MSG. Namun, jangan terlalu banyak kerana aroma udangnya mungkin agak kuat. Dengan membuatnya sendiri, anda tidak hanya dapat menjimatkan kos sedikit, tetapi juga membantu mengurangi pembaziran kerana tidak membuang kulit dan kepala udang.
Sumber: Rusyainie Ramli
Baca juga: Cara Membuat Serbuk Kunyit Homemade. Aromanya Lebih Wangi & Asli Tanpa Pengawet