“Char Hor Fun: Menyelami Kelezatan Masakan Cina yang Dipuja!”


char hor fun

Dalam merayakan Hari Raya Cina, satu sajian yang tidak asing adalah char hor fun. Walaupun ia berasal dari masakan Cina, hidangan ini juga mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat Melayu.

Ia bukan hanya lezat dinikmati di Hari Raya Cina, tetapi juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Jika anda ingin mencuba masakan sendiri, resipi ini amat berharga untuk dicuba dan mungkin menjadi hidangan kesukaan keluarga!

Baca juga: Resipi Kerepek Ngaku Rangup Tanpa Tepung & Perasa, Paling Popular Ketika ‘CNY’!

RESEPI CHAR HOR FUN

char hor fun

Bahan-bahan kuah hor fun:

  • Minyak masak (4 sudu besar)
  • Minyak bijan (1 sudu kecil)
  • Bawang putih (5 biji, diikat)
  • Daging lembu (250 gram, dihiris halus)
  • Udang (½ kilo, dikupas kulitnya)
  • Sotong (400 gram, dipotong)
  • Fish cake (3 keping, dipotong)
  • Air kosong (2 liter)
  • Tepung jagung (6 sudu besar, dibancuh sedikit air)
  • Telur ayam (1 biji, dipukul)
  • Light soy sauce (2 sudu besar)
  • Kicap manis (1 sudu besar)
  • Sos tiram (3 sudu besar)
  • Soy bean paste (1 sudu besar)
  • Kiub ayam (2 ketul)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Serbuk lada putih (1 sudu besar)
  • Perencah sup sayur (1 paket)
  • Carrot (1 batang, dipotong/hiris bulat)
  • Tomato (1 biji, dibelah 6)
  • Cili hijau (1 batang, dipotong serong)
  • Cili merah (1 batang, dipotong serong)
  • Sayur sawi (1 ikat, dipotong)

Cara membuat kuah hor fun:

  1. Panaskan minyak masak dan minyak bijan, tumiskan bawang putih hingga sedikit keperangan.
  2. Tambahkan daging, masak seketika.
  3. Masukkan udang, sotong, dan fish cake, masak seketika, lalu tambah 2 liter air kosong.
  4. Masukkan light soy sauce, kicap manis, dan sos tiram.
  5. Tambahkan soy bean paste, kiub ayam, serbuk lada putih, dan perencah sup sayur.
  6. Masukkan lobak merah, tomato, sawi, cili hijau, dan cili merah. Masak hingga mendidih.
  7. Setelah mendidih, masukkan tepung jagung (pastikan kuahnya pekat).
  8. Apabila kuah sudah pekat, tuang telur dan gaul rata. Tutup api.
  9. Rasa dan sesuaikan dengan garam atau bahan perasa lain mengikut kehendak.1741870416 176 Char Hor Fun Salah Satu Masakan Cina Yang Ramai Orang

Bahan-bahan mi hor fun:

  • 1 kilo mi hor fun (atau kuey teow)
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar light soy sauce

Cara membuat mi hor fun:

  1. Masukkan mi ke dalam kuali, kemudian tambah kicap manis.
  2. Elakkan penggunaan minyak kerana mi sudah berminyak.
  3. Masukkan light soy sauce dan gaul sehingga rata, masak seketika selama 5-10 minit.1741870417 738 Char Hor Fun Salah Satu Masakan Cina Yang Ramai Orang

Cara menyajikan:

  1. Masukkan mi yang telah dimasak ke dalam mangkuk.
  2. Tuangkan kuah yang telah disediakan ke atas mi.
  3. Siap untuk disajikan, selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ateekah

Baca juga: 8 Makanan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina & Simbolik Di Sebaliknya, Baru Tahu!



Source link

Scroll to Top