Crispy Ngaku Chips: The Must-Have Treat for a Flavorful Chinese New Year!


kerepek ngaku

Menjelang sambutan Tahun Baru Cina, kerepek ngaku atau sengkuang cina menjadi pilihan kudapan yang disukai ramai, kerana ianya sejenis ubi bermusim yang hanya tersedia dari bulan Disember hingga Februari.

Rasanya yang garing dan manis berlemak memang enak! Jika anda seorang penggemar kerepek, pastinya anda akan menyukainya. Resipi ini sangat mudah kerana tiada penggunaan tepung untuk menjadikannya rangup.

Baca juga: Jangan Buang Kulit Ubi Kentang! Ianya Boleh Dijadikan Kerepek Rangup Untuk Kudapan

CARA MENYEDIAKAN KEREPEK NGAKU RANGUP TANPA TEPUNG

kerepek ngaku

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Mulakan dengan membasuh ngaku dengan teliti menggunakan air mengalir. Buangkan kulit yang hitam atau bahagian yang tidak baik.
  2. Selepas itu, gunakan pemarut jenis ‘slicer’ untuk memarut ngaku dengan nipis. Jika tiada ‘slicer’, anda boleh menggunakan pisau tajam untuk menghiris ngaku dengan halus.
  3. Panaskan banyak minyak dalam kuali. Pastikan minyak cukup panas terlebih dahulu. Jika terlihat buih-buih kecil, itu bermakna minyak sudah cukup panas.
  4. Apabila minyak sudah memanas, masukkan ngaku yang telah diparut. Goreng dengan api sederhana sehingga garing dan berwarna keperangan. Jangan memasukkan terlalu banyak ngaku ke dalam kuali sekaligus, kerana ia akan menurunkan suhu minyak dan menyebabkan kerepek tidak rangup.
  5. Setelah garing, angkat dan tos minyak berlebihan menggunakan penapis atau kertas penyerap. Anda boleh meletakkan kerepek di atas redai agar minyak mudah menitis.
  6. Untuk menambah rasa, taburkan sedikit garam halus di atas kerepek yang telah ditoskan. Gaul dengan rata dan biarkan sejuk sebelum disimpan. Selain garam, anda juga boleh menambah perisa lain seperti serbuk lada sulah, serbuk cili atau perisa rumpai laut.

Nota:

  • Pastikan ngaku benar-benar kering sebelum menggoreng untuk mengelakkan percikan minyak.
  • Goreng kerepek ngaku dengan api sederhana bagi memastikan ia masak secara merata dan tidak hangus.
  • Simpa kerepek ngaku dalam bekas kedap udara setelah ia sepenuhnya sejuk untuk mengekalkan kerangupannya.

Sumber: Nurul Ainin Sofea Azhari

Baca juga: Cara Buat Kerepek Peria Yang Rangup, Enak Dimakan Sebab Tak Pahit Langsung!



Pautan sumber

Scroll to Top