Rahsia Puding Karamel Lembut Tanpa Bau Telur: Resepi Sedap yang Perlu Anda Cuba!


puding karamel resepi

Resepi puding karamel yang simple dan lazat selalu menjadi pilihan, terutama ketika musim perayaan atau sebagai hidangan pencuci mulut untuk keluarga.

Namun, tidak semua orang gemar aroma telur dalam puding ini. Tak perlu risau, terdapat teknik rahsia untuk menghilangkan bau telur tersebut, sambil memastikan tekstur kekal lembut dan cita rasa lemak berkrim.

Ingin tahu apa tekniknya? Mari kita teroka artikel ini lebih lanjut. Jangan lupa untuk mencubanya!

Baca juga: Resipi Puding Coklat Menggunakan Acuan Lompang, Tekstur Lembut & Tak Berair

PUDING KARAMEL RESEPI MUDAH, TANPA AROMA TELUR!

puding karamel resepi

Bahan-bahan gula karamel:

Bahan-bahan puding:

  • 6 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 160ml susu pekat (½ cawan)
  • 240ml air masak (1 cawan)
  • 1 sudu kecil sunquick
  • 1 penutup esen vanila

Cara-cara:

Untuk gula karamel:

1. Cairkan 90g gula putih dalam kuali sehingga ia berubah menjadi warna perang keemasan.

2. Pastikan gula tidak terlalu lama di atas api atau mendidih kerana ia boleh menjadi pahit. Kacau secara berterusan.

3. Setelah gula cair sepenuhnya dan berwarna cantik, tambahkan 120ml air untuk mencairkannya kembali.

4. Tambahkan secubit garam dan biarkan ia sejuk.

5. Tuangkan satu sudu besar gula karamel ke dalam setiap bekas kecil (4oz).

Untuk puding:

6. Campurkan semua bahan puding (telur, susu cair, susu pekat, air masak, sunquick dan esen vanila) dalam mangkuk yang besar.

7. Whisk semua bahan hingga licin tanpa ketulan.

8. Tapis adunan puding untuk mendapatkan tekstur yang lembut dan tuangkan ke dalam jug.

9. Tuang adunan puding ke dalam bekas yang sudah diisi gula karamel. Jika ingin saiz yang seragam, timbang setiap bekas 75-80g.

10. Kukus selama 20 minit dengan api sederhana.

11. Letakkan penutup bekas di atas bekas puding, tetapi jangan tutup rapat. Ini akan menghasilkan puding yang lembut dan bebas dari menggerutu.

12. Setelah kukus siap, simpan dalam peti sejuk dan nikmati ketika sejuk!

Sumber: Cik Markonah via Resepi Sambal

Baca juga: Resipi Puding Kastard Jagung Super Krim & Lembut, Sedap Dimakan Sejuk!



Sumber pautan

Scroll to Top