Kebabs Ayam Garlic Parmesan: Gigitan Juicy yang Penuh Selera!


resepi skewer ayam

Apabila perut terasa ingin menikmati hidangan ‘western’, cubalah resipi skewer ayam garlic parmesan ini.

Ia mirip kepada sate ayam kerana daging ayam dipotong kecil dan dicucuk pada stik, tetapi bahan perapa tidak sama.

Lebih menarik lagi, keistimewaan resipi ini terletak pada sapuan ‘butter garlic’ yang menambah tekstur ‘buttery’ dan aroma pada ayam.

Untuk sesiapa yang ingin mencuba, mari kita semak bahan-bahan yang diperlukan serta langkah-langkah penyediaannya di bawah.

Baca juga: Buat Sendiri Sate Ayam Homemade, Puas Hati Dapat Banyak Cucuk!

RESEPI SKEWER AYAM GARLIC PARMESAN

resepi skewer ayam

Bahan-bahan:

  • Isi ayam (dipotong kecil-kecil)
  • 2-3 sudu besar minyak zaitun
  • 3 sudu besar serbuk keju parmesan
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Sekadar serbuk lada hitam
  • Sekadar serbuk paprika
  • 1/2 buku mentega (separa lembut dan cair)
  • Garam (jika menggunakan mentega tanpa garam)
  • Parsley segar (dicincang halus) atau herba kering
  • Bawang putih cincang halus
  • Lidi untuk mencucuk ayam
  • Keju parmesan (untuk taburan, jika suka)

Cara-cara:

Langkah A: Perap isi ayam

  1. Dalam mangkuk, masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil.
  2. Masukkan 2-3 sudu besar minyak zaitun, 3 sudu besar serbuk keju parmesan, 3 ulas bawang putih cincang, sedikit serbuk lada hitam dan sedikit serbuk paprika.
  3. Gaulkan hingga sebati dan perap selama setengah jam hingga 1 jam. Kemudian, ketepikan ayam yang telah diperap.

Langkah B: Sediakan mentega bawang putih

  1. Cairkan separuh buku mentega separa lembut agar mudah untuk dicampurkan.
  2. Jika anda menggunakan mentega tanpa garam, tambahkan sedikit garam.
  3. Dicincang halus parsley segar dan masukkan ke dalam mentega. Jika tiada parsley segar, herba kering juga boleh digunakan.
  4. Masukkan bawang putih cincang halus.
  5. Gaulkan semua bahan hingga sebati dan ketepikan.

Langkah C: Bakar skewers

  1. Panaskan oven pada suhu 220°C. Sementara itu, cucuk ayam yang telah diperap menggunakan lidi dan susun di atas dulang oven.
  2. Bakar ayam dalam oven selama 25 minit (bergantung kepada oven masing-masing).
  3. Di pertengahan waktu (sekitar 15 minit), buka oven dan sapukan mentega bawang putih pada ayam.
  4. Bakar hingga ayam masak sepenuhnya dan sedikit rangup. Jika suka, taburkan lagi keju parmesan pada ayam pada waktu ini.
  5. Setelah masak, sapukan lagi mentega bawang putih pada ayam untuk menambah rasa yang lebih mendalam.
  6. Siap! Nikmati semasa panas, pasti memuaskan.

Sumber: Syalfarina Razali

Baca juga: Cara Buat Sate Ayam & Daging Guna Air Fryer, Ada Rahsia Hasil Berkilat!



Source link

Scroll to Top