Untuk individu yang alergi terhadap santan, nasi lemak mungkin jarang menjadi pilihan. Namun, anda masih dapat menikmati nasi lemak tanpa santan iaitu Nasi Lemak Utara.
Hanya dengan mendengar nama Nasi Lemak Utara, pasti sudah diketahui bahawa hidangan ini berasal dari kawasan utara Semenanjung Malaysia dan cukup terkenal di negeri Kedah serta Perlis.
Ninie Zaini telah berkongsi cara penyediaan Nasi Lemak Utara di Facebook dengan kaedah yang mudah dan hasilnya sangat memuaskan. Mari kita cuba!
Baca juga: Resepi Nasi Lemak Ringkas Dan Cepat Siap, Sedap Seperti Membelinya Di Tepi Jalan
RESIPI NASI LEMAK UTARA
Peralatan dan bahan untuk nasi:
- 4 ulas bawang putih (dihiris halus)
- 1 biji bawang besar (dihiris halus)
- Halia (dihiris panjang)
- 2 batang serai
- 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga)
- Planta
- Beras
- Air
- Garam halus
- Serbuk perasa
- Sedikit serbuk kunyit
- Daun pandan
- 7 hingga 8 biji lada hitam
Peralatan dan bahan untuk sambal tumis:
- Cili kering (mengikut cita rasa)
- 3 biji bawang besar
- 12 ulas bawang putih
Bahan-bahan untuk telur rebus:
Tutorial memasak nasi:
1. Pertama, tumis bawang putih, bawang besar, halia, serai dan 4 sekawan dengan planta sehingga kekuningan.
2. Tanpa membuang masa, tuang ramuan tumisan ke dalam periuk nasi.
3. Kemudian, masukkan beras yang sudah dibersihkan.
4. Selanjutnya, tuangkan air, garam halus, serbuk perasa, serbuk kunyit, daun pandan dan lada hitam.
5. Akhirnya, masak nasi seperti biasa. Siap!
Tutorial memasak sambal tumis:
1. Awalnya, gunting cili kering, buang biji, bersihkan dan rebus seketika.
2. Setelah itu, kisar 2 biji bawang besar dan 10 ulas bawang putih.
3. Kemudian, tumis 2 biji bawang putih yang sudah diketuk hingga warna keemasan.
4. Selanjutnya, masukkan ramuan kisar, sedikit air dan asam keping.
5. Campurkan garam, gula, serbuk perasa dan masak hingga pecah minyak dengan baik.
6. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu periuk untuk ikan bilis dan satu lagi untuk sotong kembang.
7. Akhirnya, masukkan bawang besar yang dipotong ke dalam kedua-dua sambal. Siap!
Tutorial memasak telur rebus:
1. Rebus telur selama 8 minit. Siap!
Setelah siap Nasi Lemak Utara ini, anda akan melihat nasi yang berwarna kuning dan aromanya sangat wangi. Selain itu, ia sangat sedap dimakan dengan sambal tumis dan telur rebus.
Selamat mencuba!
Sumber: Ninie Zaini
Baca juga: Nasi Lemak Lezat Tanpa Santan, Lebih Menarik Dinikmati Bersama Sambal Kosong