Apa hidangan yang paling ditunggu-tunggu selama bulan Ramadan? Pastinya banyak yang akan menjawab Roti John. Kali ini, kami ingin berkongsi resepi Roti John mudah untuk anda mencuba di rumah.
Seperti yang telah diketahui, Roti John dihasilkan menggunakan roti panjang yang diisi dengan daging cincang atau ayam serta telur, dan ai cukup terkenal di Malaysia terutama dalam bulan Ramadan.
Walaupun anda tidak sempat membeli, anda masih boleh mencipta Roti John di rumah kerana bahan-bahannya cukup mudah dan cara penyediaannya tidak terlalu rumit.
Oleh sebab itu, kami syorkan anda menyusun resepi Roti John mudah dan menarik daripada Mazlinda Zakaria di Facebook yang hanya memerlukan inti sardin. Ayuh kita cuba!
Baca juga: Cara Membuat Roti Goreng Lemak Manis, Sajian Ringkas Namun Sangat Sedap
RESEPI ROTI JOHN SIMPLE INTI SARDIN
Bahan-bahan:
- Roti panjang
- 1 tin sardin kecil
- 4 biji telur besar
- Cili segar (dipotong dadu)
- Bawang besar (dipotong dadu)
- 1 sudu kecil rempah kari ikan (jika tiada pun tidak mengapa)
- Sekadar garam secukup rasa
- Timun
- Tomato
- Sos cili
- Mayonis
Cara penyediaan:
1. Pertama, hancurkan sardin terlebih dahulu.
2. Kemudian, masukkan telur, cili segar, bawang besar, rempah ikan dan sedikit garam.
3. Selanjutnya, gaulkan adunan yang telah dicampur sehingga rata.
4. Seterusnya, goreng di dalam kuali hingga masak dan letakkan roti ke atasnya.
5. Akhirnya, letakkan timun, tomato, sos cili dan mayonis sebagai penyempurnaan. Siap untuk dinikmati!
Adakalanya anda tidak sempat pergi ke bazar Ramadan kerana kesibukan masa, tetapi menginginkan Roti John. Jadi, gunakanlah resepi Roti John mudah ini di rumah nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Mazlinda Zakaria
Baca juga: Resepi Sandwich Burger Menggunakan Roti Gardenia, Menu Ringkas Dan Cepat Sedia!