Di awal tahun, beberapa kelas di sekolah biasanya akan menyelenggarakan potluck untuk menyambut kedatangan pelajar. Jika tidak terdapat idea, boleh sediakan Kek Coklat Mini untuk anak bawa ke sekolah.
Proses pembuatan Kek Coklat Mini sebenarnya serupa dengan kek coklat biasa, cuma berskala lebih kecil dan lebih mudah disiapkan dengan memanfaatkan acuan yang menarik.
Jelita Rose telah memamerkan hasil yang sungguh menggemaskan di Facebook, lengkap dengan resipi untuk dibakar atau dikukus. Mari kita cuba!
Baca juga: Kek Coklat Moist Sedap Sukatan Cawan, Resipi Ini Serius Membuatkan Anda Terpegun!
RESIPI KEK COKLAT MINI
Bahan A:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula kastor
- Sedikit garam
- 1 cawan gula perang
- 2 sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil baking soda
Bahan B:
Bahan C:
Cara-cara membuat:
1. Pertama, ayak tepung, gabungkan semua bahan A dan kacau hingga rata, kemudian ketepikan buat seketika.
2. Seterusnya, campurkan semua bahan B dan kisar sehingga berbuih.
3. Kemudian, adunkan dengan bahan A yang telah disediakan dan kacau semua bahan hingga sebati.
4. Setelah itu, campurkan air panas ke dalam adunan dan kacau semua bahan hingga rata kembali.
5. Selepas itu, biarkan adunan rehat selama 30 minit.
6. Jika ingin membakar, gunakan loyang bersaiz 7 atau 8 inci dan bakar selama 1 jam pada suhu 180°C. Jika menggunakan papercup, bakar selama 15 hingga 20 minit pada suhu yang sama.
7. Jika memilih untuk mengukus dalam acuan kecil, ia memerlukan masa selama 15 minit dengan api kecil sahaja. Jika menggunakan loyang, kukus selama 1 jam sehingga masak.
8. Setelah kek siap dimasak, dinginkan dan hias mengikut kreativiti masing-masing (saya menggunakan keju dan biskut teddy bear). Kini siap untuk dinikmati!
Resipi Kek Coklat Mini amat sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut untuk potluck. Selain itu, anda juga boleh menyajikannya dengan cara istimewa pada majlis hari lahir anak anda kelak.
Selamat mencuba!
Sumber: Jelita Rose
Baca juga: Cara Buat Kek Coklat Moist Leleh Bentuk Mini, Tanpa Sedar Sudah Masuk Mulut!