Kali ini, MyResipi ingin berkongsi resipi kari ayam pedas tanpa santan yang sangat pekat dan mantap. Yang paling penting, ia sangat mudah dan cepat untuk disediakan.
Selain dinikmati bersama nasi putih yang panas, kari ini juga sedap dicicah dengan lempeng, pulut kuning, dan pelbagai jenis roti.
Kari juga dapat disediakan menggunakan pelbagai jenis bahan lain seperti ayam, ikan, daging, sotong, udang, dan banyak lagi.
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Crispy Guna 3 Bahan, Rangup Seperti Dibeli Dari Kedai!
RESEPI KARI AYAM PEDAS TANPA SANTAN
Bahan-bahan untuk diblender:
- 1 ½ biji bawang besar
- 1 ½ inci halia (lebih kurang)
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 12 tangkai cili kering (dibuang biji dan rendam dalam air panas)
Bahan-bahan lain:
- Daun kari
- 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga – tetapi saya tidak masukkan buah pelaga)
- 2 paket kecil serbuk kari ayam/daging Babas (25g)
- Serbuk cili (mengikut citarasa)
- 4 sudu kecil gula merah
- ½ sudu kecil gula pasir
- Garam secukup rasa
- 2/3 biji kentang (dipotong)
- 1-2 biji cili besar (pilihan)
- 1 biji tomato (pilihan, saya tidak masukkan)
Cara-cara:
- Panaskan minyak dalam periuk. Setelah minyak panas, tumis 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang) bersama daun kari. Tumis sehingga aroma wangi terlepas.
- Masukkan bahan yang telah diblender dan masak sehingga pecah minyak.
- Setelah pecah minyak, masukkan serbuk kari, serbuk cili, dan sedikit air. Masak lagi sehingga tumisan pecah minyak.
- Tambahkan ayam dan sedikit air. Masak sehingga ayam menjadi empuk.
- Masukkan gula merah dan kentang. Anda boleh menambah sedikit lagi serbuk cili mengikut selera.
- Masak kentang sehingga empuk. Kemudian, perasakan dengan garam dan gula pasir.
- Opsyenal: Anda boleh menambahkan cili besar atau tomato, tetapi saya hanya menambah cili besar.
- Kari ayam pedas tanpa santan siap untuk dihidangkan!
Nota:
- Kurangkan air kerana tidak menggunakan santan, supaya kuah tidak terlalu cair. Kuah akan menjadi lebih pekat dan sedap.
- Jika tidak mahu terlalu pedas, boleh kurangkan jumlah cili.
Kredit resipi dan gambar: Norsyazwani Mahmud
Baca juga: Resipi Ayam Halia Paling Cepat, Sekali Buat Pasti Nak ‘Repeat’