Keadaan setelah mengikat janji memang sangat menggembirakan. Lebih-lebih lagi, si isteri tentunya ingin menyiapkan hidangan buat suami dan salah satu menu mudah yang patut dicuba ialah Bawal Masak Stim.
Setelah berkahwin, banyak urusan lain yang perlu diuruskan oleh pasangan. Kadangkala, untuk meluangkan masa sendiri pun terasa sukar.
Namun, itu bukan alasan bagi isteri untuk mengabaikan penyediaan makanan untuk suami di rumah, kerana inilah waktu yang sesuai untuk memikat seleranya serta menunjukkan kepakaran memasak yang dimiliki.
Walau sesibuk mana pun, anda masih boleh menyediakan hidangan ringkas seperti Bawal Masak Stim. Setelah selesai, pasti anda akan terkejut dengan kelazatan yang tidak disangka.
Ieja Alias telah berkongsi resepi Bawal Masak Stim di Facebook, yang merupakan pilihan cepat dan sesuai untuk pasangan baru. Jom kita cuba!
Baca juga: Ikan Bawal Masak Sos Tiram Lada Hitam, Sedapnya Sebijik Macam Mak Masak
RESIPI BAWAL MASAK STIM
Bahan A:
Bahan B:
- Sos tiram
- Secubit garam
- Sedikit air bersih
- Ikan bawal emas
Langkah-langkah memasak:
1. Pertama sekali, tumis Bahan A seperti cili padi, bawang putih dan halia dengan sedikit minyak.
2. Setelah wangi, pindahkan bahan tumis tersebut ke dalam mangkuk.
3. Kemudian, masukkan bahan B iaitu sos tiram, garam, dan air bersih.
4. Selepas itu, kacau dan adun sekali bersama ikan bawal emas.
5. Seterusnya, letakkan dalam bekas yang sesuai untuk proses mengukus.
6. Akhir sekali, kukus sehingga ikan masak. Siap untuk dihidangkan!
Bawal Masak Stim ini sangat sesuai disediakan bila-bila masa yang diinginkan. Boleh dihidangkan sebagai bekal untuk suami ke tempat kerja, apatah lagi untuk makan malam bersama pasangan yang tercinta.
Ikan bawal amat sedap apabila dimasak secara stim kerana rasanya yang lemak-lemak. Terutama pada bahagian kepalanya, rasanya memang tidak terbanding.
Selain ikan bawal emas, anda boleh mencuba menggunakan jenis ikan bawal lain seperti bawal hitam atau bawal putih. Untuk menambah variasi resipi, sesekali gunakanlah ikan yang berbeza pula.
Selamat mencuba!
Sumber: Ieja Alias
Baca juga: Ikan Bawal Masak Taucu, Lauk Mudah Dan Ringkas Ini Wajib Buat Setiap Minggu