Setiap pagi pastinya kita ingin menyediakan hidangan sarapan yang enak untuk keluarga di rumah. Kali ini, kami ingin mengajak anda untuk membuat Jemput Jemput Kentang yang lembut hingga ke petang.
Sejak kita kecil, ibu sering kali menyiapkan pelbagai jenis jemput jemput yang lazat. Bukan sahaja cara penyediaannya mudah, malah bahan-bahannya juga tidak banyak digunapakai.
Jika ingin menikmatinya sendiri, boleh meriahkan bahan mengikut selera. Maklumlah, lebih memuaskan memasak dengan tangan sendiri di rumah.
Seperti yang dikongsikan oleh Mamaa Sal di Facebook, Jemput Jemput Kentang lembut yang dihasilkannya sangat berlimpah bahan dan rasanya memang tidak terungkap. Mari kita cuba!
Baca juga: Tips Elak Kentang Hitam Selepas Dikupas, Biar Satu Malam Pun Tak Apa!
RESIPI JEMPUT JEMPUT KENTANG LEMBUT
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama sekali, masukkan tepung ke dalam bekas yang besar agar mudah untuk dikacau nanti.
2. Tambahkan sedikit garam dan air sejuk. Kuantiti air tersebut agak-agak sahaja tetapi pastikan tidak terlalu sedikit, biarkan adunan ini sedikit cair.
*Jangan gunakan air masak biasa kerana itu syaratnya, barulah jemput jemput jadi lembut.
3. Bahan-bahan di atas perlu dibasuh dan dipotong halus serta ditambahkan dengan banyak. Apabila dikacau nanti, bahan hendaklah lebih banyak dari tepung.
4. Setelah selesai dipotong halus, masukkan ke dalam tepung yang telah dibancuh tadi.
5. Kemudian, kacau semua bahan dengan baik dan bersedialah untuk menggoreng. Pastikan adunan itu tidak terlalu keras, agar apabila diletakkan dalam senduk nanti mudah sahaja untuk adunan tepung itu turun.
6. Terakhir sekali, panaskan minyak dan boleh mulakan menggoreng tetapi jangan terlalu garing, angkat dan tos untuk disajikan. Siap untuk dihidangkan!
Setelah selesai membuat Jemput Jemput Kentang lembut ini, anda boleh menyajikannya bersama sos pencicah atau sambal tumis. Tak kisahlah sama ada untuk sarapan atau minum petang, tetapi rasanya memang tidak terungkap.
Selamat mencuba!
Sumber: Mamaa Sal
Baca juga: Jemput Jemput Ikan Bilis, Nak Rangup Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Sebelum Goreng!