Aiskrim Cheesekut: 5 Bahan, Rasa Hingga Tak Cukup!


resepi cheesekut

Jika ditanya mengenai pencuci mulut yang paling mudah disediakan di rumah, pasti ramai yang menyebut resepi Cheesekut Aiskrim yang sangat lembut dan kaya rasa manis.

Banyak yang menggemari resepi Cheesekut Aiskrim ini hingga ada peniaga yang memasarkan secara dalam talian kerana ia tidak memerlukan banyak bahan untuk penyediaannya.

Hanis Zainol telah berkongsi resepi Cheesekut Aiskrim di Facebook yang dihasilkan dengan tangan beliau sendiri dan ia pasti kelihatan sangat menggugah selera. Mari kita cuba!

Baca juga: Biskut Cornflakes Tanpa Perlu Bakar, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Rangup Tak Terkata

RESEPI CHEESEKUT AISKRIM

resepi cheesekut

Bahan-bahan:

  • 250gm creamcheese
  • 400gm aiskrim vanilla (timbang semasa beku, jika timbang semasa cair, aiskrim tidak berat)
  • Susu pekat secukup rasa
  • Susu full cream
  • Biskut marie

Cara-cara membuat:

1. Pertama, sediakan bekas dan masukkan creamcheese, kemudian putar menggunakan mixer sehingga gebu.

2. Kemudian, masukkan 2 sudu besar susu (jika tidak manis, tambahkan hingga mencapai rasa yang diingini) dan teruskan memukul.

3. Seterusnya, masukkan aiskrim vanilla dan campurkan sehingga adunan cheese menjadi halus.

4. Kemudian, sediakan bekas serta susu full cream untuk mencelup biskut marie.

5. Ambil biskut marie dan celup sebentar dalam susu full cream, kemudian letakkan dalam bekas pilihan (saya menggunakan saiz 250oz).

resepi cheesekut

6. Selepas itu, masukkan adunan cheese di atas dan belah biskut kepada dua, kemudian celup seperti langkah sebelumnya dan letakkan adunan cheese semula.

7. Seterusnya, belahkan biskut marie kepada dua lagi dan susun bertentangan supaya apabila menikmati cheesekut, biskut marie terasa dengan jelas.

8. Ulangi langkah yang sama sehingga bekas penuh dan letaklah topping pilihan (saya meletakkan oreo, saya beli oreo dalam paket panjang, kemudian buang krim putihnya, tumbuk hingga menjadi serbuk oreo).

9. Akhir sekali, dinginkan dalam peti selama beberapa jam. Siap sedia untuk dinikmati!

Resepi Cheesekut Aiskrim ini pasti membuatkan anda sekeluarga berpuas hati menikmatinya di rumah dan pencuci mulut ini sangat lazat serta menyegarkan bila dimakan sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Hanis Zainol

Baca juga: Cara Membuat Puding Coklat Cream-O Yang Menawan, Pasti Berjaya!



Pautan sumber

Scroll to Top