Di antara banyak resipi apam, ramai yang gemar membuat Apam Solo menggunakan sukatan cawan di rumah. Bukan sahaja prosesnya mudah, bahan-bahan yang diperlukan juga tidak terlalu banyak.
Mungkin ada yang belum pernah mendengar nama kuih tradisional ini. Sebenarnya, Apam Solo hampir sama seperti apam biasa tetapi mempunyai inti di dalamnya.
Sesetengah individu lebih suka menikmati Apam Solo ini sebagai jamuan sarapan, namun tidak kurang ada yang menikmatinya di waktu petang. Apabila disertakan dengan teh O, lebih nikmat rasanya.
Ernie Yaui EY telah berkongsi di Facebook mengenai resipi Apam Solo menggunakan sukatan cawan yang dipelajarinya daripada YouTube. Ayo kita coba!
Baca juga: Apam Pisang Sukatan Cawan, Cuma Guna Blender Tapi Hasilnya Luar Biasa Gebu
RESIPI APAM SOLO SUKATAN CAWAN
Bahan-bahan:
- 1½ cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung beras
- Secubit garam
- ½ cawan gula (boleh dikurangkan jika tidak suka manis atau jika inti sudah mencukupi manisnya)
- 1 sudu makan yis
- 1½ cawan air biasa atau air pandan
- ¼ cawan minyak masak
- Inti (mengikut pilihan)
- Pewarna (mengikut kehendak)
Cara-cara membuat:
1. Pertama sekali, campurkan tepung gandum, tepung beras, garam, gula, yis, air biasa atau air pandan, minyak masak, inti dan pewarna.
2. Kemudian, biarkan adunan selama 1 jam.
3. Akhir sekali, tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus sehingga masak. Siap untuk dinikmati!
Untuk menjadikan Apam Solo lebih menarik, anda boleh menggunakan pelbagai bentuk acuan kreatif dan pasti ramai yang terpegun dengan hasilnya yang cantik serta gebu.
Lebih mengagumkan, banyak peniaga kuih telah menjadikan Apam Solo sebagai salah satu hidangan jualan kerana kos penyediaannya yang tidak begitu tinggi.
Antara inti yang boleh digunakan dalam resipi Apam Solo ini termasuklah kelapa manis dan kacang merah. Ringkasnya, ia boleh disesuaikan mengikut selera masing-masing.
Resipi ini amat sesuai untuk mereka yang baru belajar membuat kuih di rumah. Setelah disiapkan, pasti anda akan menikmatinya sampai tidak ingat pada yang lain.
Selamat mencuba!
Sumber: Ernie Yaui EY
Baca juga: Kuih Apam Mekar Dengan 5 Bahan, Lembut Dan Kembang Gebu Hasilnya