Ayam Bakar Air Fryer: Resepi Rahsia untuk Rasa Juicy yang Menggoda!


perapan ayam bakar

Resipi perapan ayam bakar ini ditujukan untuk anda yang sedang mencari resepi ayam bakar yang lazat. Dengan memanfaatkan air fryer, anda boleh menghasilkan hidangan istimewa ini dengan mudah dan pantas.

Hidangan ini juga merupakan pilihan yang lebih sihat kerana dimasak menggunakan air fryer yang tidak memerlukan minyak. Ayam bakar ini pasti memikat selera seisi keluarga. Jom coba resipi lengkapnya di bawah!

Baca juga: Ayam Rebus Mix Herbs, Resipi Tanpa Minyak Sesuai Untuk Diet!

RESEPI PERAPAN AYAM BAKAR YANG LAZAT

perapan ayam bakar

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar garlic salt
  • 1 sudu besar onion powder
  • 1 sudu besar black pepper
  • 1 sudu besar white pepper
  • 1 sudu besar mixed herbs
  • 1 sudu besar paprika
  • 1 sudu besar chili flakes

Cara-cara:

  1. Gabungkan semua bahan dalam satu bekas dan aduk hingga merata.
  2. Untuk proses perapan ayam, kelar ayam dan lumurkan dengan garam secukup rasa, sedikit olive oil serta 1 sudu besar rempah perapan (untuk 1 bahagian ayam).
  3. Jika menggunakan 5 bahagian ayam, tambahkan 5 sudu besar rempah perapan.
  4. Perap ayam selama satu malam.
  5. Panggang ayam menggunakan air fryer pada suhu 180°C selama 30-40 minit. Pastikan ayam dibalikkan pada separuh masa kedua.
  6. Simpa rempah perapan yang tersisa dalam bekas tertutup.

Kredit resipi dan gambar: Nurha Muhammad

Baca juga: Resipi Sambal Ayam Sedap Menjilat Jari, Warna Pun Cantik & Merah Elok!



Source link

Scroll to Top