Ayam Cili Api dalam Kuah Lemak: Resipi Asli yang Pasti Menggoda!


resipi masak lemak ayam

Ayuh mencuba resipi masak lemak ayam cili api dengan gaya tulen dari Negeri Sembilan ini! Yang menarik, resipi ini sama sekali tidak menggunakan bawang, sepenuhnya mengikut cara tradisional.

Jika anda merindui rasa asli masak lemak Negeri Sembilan, inilah peluang untuk mencubanya sendiri di rumah. Ditambah dengan nasi yang panas, pasti akan membuatkan selera anda tidak berhenti menyuap!

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Ketumbar, Perapan Rahsia Ini Pasti Sedap Menjilat Jari!

RESIPI MASAK LEMAK AYAM CILI API ORIGINAL NEGERI SEMBILAN

resipi masak lemak ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – dipotong kepada 16 bahagian dan dibersihkan
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 kg santan – kerana gemar kuah yang pekat dan banyak
  • 1 helai daun kunyit – buang urat tengah
  • Garam, gula dan serbuk perasa – secukup rasa
  • Air secukupnya – mengikut kehendak kepekatan kuah (anggaran 1–2 gelas)

Bahan kisar:

  • 15 biji cili padi (atau mengikut tahap kepedasan yang diingini)
  • 2 inci kunyit hidup

Cara memasak:

  1. Masukkan ayam, serai dan bahan kisar ke dalam periuk.
  2. Kacau perlahan-lahan dan renehkan sehingga ayam mengecut. Cara ini menjadikan ayam lebih cantik berwarna kuning dan rasanya lebih meresap.
  3. Setelah ayam separuh masak, tambahkan daun kunyit, santan, air (mengikut kehendak kepekatan kuah) dan sedikit asam keping.
  4. Biarkan kuah mendidih dan ayam masak sepenuhnya sambil meresap semua perisa.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  6. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Resipi Ayam Berlado Daun Kunyit, Rasa Pedas & Aroma Harum Pasti Menggoda Selera



Sumber pautan

Scroll to Top