Ayam Goreng Ketumbar: Juicy, Crispy, and Aromatically Irresistible!


resepi ayam goreng ketumbar

Selama ini telah sering memasak dalam versi konvensional, jadi kali ini kami ingin mengajak anda merasai resepi Ayam Goreng Ketumbar pula. Setelah mencubanya sekali, pasti akan teringin lagi ke depannya.

Proses memasak Ayam Goreng Ketumbar adalah sama seperti ayam goreng biasa, namun ia dimasak dengan menggunakan rempah ketumbar sebagai bahan utama untuk perapan.

Kami tertarik dengan perkongsian Farah_Hanani_Azalan di Lemon8 mengenai resepi Ayam Goreng Ketumbar yang begitu menggugah selera. Mari kita coba!

Baca juga: Ayam Goreng Berempah Mudah, Serdak Meriah Sampai Sedap Meratah

RESEPI AYAM GORENG KETUMBAR

resepi ayam goreng ketumbar

Bahan-bahan:

  • 1 cawan biji ketumbar
  • Ayam
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan tepung beras
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan-bahan kisar:

Cara-cara memasak:

1. Pertama, tumbuk kasar biji ketumbar.

2. Kemudian, gabungkan ayam, tepung jagung, tepung beras, garam, serbuk perasa, biji ketumbar yang telah ditumbuk, dan bahan kisar dalam suatu bekas.

3. Selepas itu, gaul sehingga rata dan perap selama 30 minit.

4. Seterusnya, panaskan minyak masak.

5. Akhir sekali, goreng sehingga ayam masak dan rangup, kemudian angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

resepi ayam goreng ketumbar

Aromanya yang harum dan kaya dengan rempah membuatkan Ayam Goreng Ketumbar diminati oleh ramai. Selain itu, isi ayam yang lembut digabungkan dengan permukaan yang crispy mampu mengangkat selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Farah_Hanani_Azalan

Baca juga: Ayam Goreng Pandan Wangi Semerbak, Sampai Jiran Sebelah Boleh Bau



Source link

Scroll to Top