Setiap hari kita berusaha untuk menyediakan sajian lauk yang berbeza demi merangsang selera ahli keluarga. Apa kata, anda cuba resipi Ayam Goreng Tomyam yang menarik ini di rumah?
Banyak yang gemar pada Ayam Goreng Tomyam kerana cara penyediaannya yang mudah dan kuahnya yang beraroma pasti dapat menggoda selera sesiapa pun.
Melalui perkongsian video dari plumshumblekitchen, resipi Ayam Goreng Tomyam ini telah menarik perhatian ramai pengguna di TikTok. Jom kita cuba!
Baca juga: Ayam Goreng Black Pepper, Sungguh Sedap Sehingga Tak Sedar Nasi Bertambah
RESEPI AYAM GORENG TOMYAM
Bahan-bahan:
- ½ ekor ayam
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci lengkuas
- Cili padi (mengikut selera)
- Serbuk kunyit
- 1 senduk kecil cili boh
- Air secukupnya
- Sedikit sos ikan
- ½ paket pes tomyam
- 1 sudu kecil serbuk cukup rasa
- 2 sudu besar madu
- 1 sudu kecil gula
- Sedikit garam (hanya jika perlu, saya tidak menambah kerana pes dan sos ikan sudah masin)
- Daun limau purut
- Cili padi
- Cili merah
- ½ biji perahan jus limau
- Daun ketumbar
Cara-cara memasak:
1. Pertama, hiris bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, dan cili padi.
2. Selepas itu, goreng ayam yang telah disalut dengan serbuk kunyit sehingga separuh masak.
3. Seterusnya, gunakan sedikit minyak gorengan ayam untuk menumis semua bahan yang telah dihiris tadi hingga layu.
4. Kemudian, masukkan cili boh, pes tomyam, sedikit air, dan sos ikan.
5. Tambahkan sedikit lagi air dan terus perasakan dengan serbuk cukup rasa, madu, gula, dan garam jika diperlukan.
6. Akhir sekali, masukkan daun limau purut, cili padi, cili merah, sedikit perahan jus limau, dan daun ketumbar.
Resipi Ayam Goreng Tomyam ini boleh disajikan dalam bentuk berkuah atau kering. Yang paling penting, ia adalah hidangan lauk yang sedap tiada tara.
Selamat mencuba!
Sumber: plumshumblekitchen
Baca juga: Peniaga Kongsi Resipi Ayam Goreng Seringgit, Guna Tepung ‘Ini’ Hasilkan Ke rangupan!