Ayam Kicap Lada Hitam: Resipi Mudah yang Pasti Buat Suami Terpesona!


ayam kicap black pepper

Sesekali setelah pulang dari kerja atau setelah seharian penat, kita hanya ingin memasak sesuatu yang ringkas, cepat tetapi tetap lazat. Kenapa tidak cuba resipi ayam kicap black pepper ini?

Menariknya, rasanya tetap enak walaupun cara penyediaannya sangat mudah. Ini sememangnya sesuai untuk hari di mana kita ingin cepat tetapi masih mahu memasak sendiri.

Jika anda ingin mencuba hidangan yang tidak rumit tetapi tetap ‘padu’, inilah resipi yang patut anda coba. Mari lihat bahan-bahan dan cara memasaknya di bawah.

Baca juga: Resepi Ayam Masak Madu Melekit Pekat Berkilat, Sedap Hingga Menjilat Jari!

RESEPI AYAM KICAP BLACK PEPPER

ayam kicap black pepper

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong kecil dan dibersihkan)
  • Kicap pekat manis
  • Sos lada hitam
  • Cili padi (jika ingin pedas)

Bahan tumis (ditumbuk halus):

  • Bawang putih (sedikit)
  • Bawang merah (sedikit)
  • Halia (sedikit)

Sayuran tambahan:

  • Tomato ceri
  • Lada benggala
  • Daun bawang
  • Bawang Holland (diiris)

Cara memasak:

  1. Tumis bahan tumbuk dengan sedikit minyak sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam, kacau sebati dan goreng seketika (stir-fry).
  3. Tambah kicap dan sos lada hitam dalam bahagian yang sama. Gaul rata.
  4. Apabila air ayam mula keluar, tutup kuali dan biarkan masak selama lebih kurang 10 minit dengan api sederhana.
  5. Setelah ayam hampir empuk, masukkan tomato ceri, lada benggala, daun bawang dan hirisan bawang Holland.
  6. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  7. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Rahim Ariffin

Baca juga: Resipi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas-Pedas Manja! Sekali Rasa, Tak Henti Menyuap!



Source link

Scroll to Top