Ayam Manis Tanpa Madu: Hanya 3 Bahan untuk Rasa yang Menggoda!


resepi ayam madu

Tak sangka, resepi ayam madu ini sebenarnya tidak perlu menggunakan madu pun. Resipi ini hanya memerlukan tiga bahan dapur biasa, tetapi hasilnya memang lazat.

Kaedah penyediaannya sangat mudah, tidak memeningkan kepala dan sangat sesuai jika kita merasa malas untuk memasak hidangan yang rumit atau bahan tidak cukup.

Yang paling menarik, ayam ini boleh dimasak dengan cara yang kita inginkan. Mahu dibakar boleh, menggunakan air fryer pun boleh. Kalau ingin memasak dalam kuali non-stick, itu juga menjadi.

Jadi, jika ingin tahu apa tiga bahan rahsia tersebut dan cara memasaknya, mari baca hingga tamat. Resipi ini pasti berbaloi untuk dicuba!

Baca juga: Kaedah Membasuh Ayam yang Paling Bersih, Rendam Dalam ‘Air Ini’ Untuk Menghilangkan Segala Lendir & Bau

RESEPI AYAM MADU BAKAR

resepi ayam madu

Bahan-bahan:

  • Gula perang
  • Serbuk lada (inilah rahsianya ayam menjadi merah!)
  • Garam
  • Ayam (ikut berapa banyak ingin dimasak)

Cara-cara:

  1. Campurkan gula perang, serbuk lada dan garam ke dalam bekas bersama ayam yang telah dipotong dan dibersihkan. Gaul rata sehingga semua bahagian ayam terbalut dengan bahan perapan.
  2. Biarkan ayam yang telah diperap dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam. Semakin lama diperap, semakin sedap! Dalam tempoh ini, bahan-bahan akan meresap ke dalam daging ayam dan menjadikannya lebih berperisa. Jangan risau jika nampak pekat, kerana semasa proses perapan nanti pes itu akan menjadi lebih cair dengan sendirinya.
  3. Boleh bakar dalam oven atau air fryer sehingga ayam masak dan berwarna keemasan. Jika ingin cepat, gunakan sahaja kuali non-stick, tuangkan sedikit minyak (atau tanpa minyak pun boleh) dan masak di atas api sederhana. Balik-balikkan ayam agar masak sekata dan tidak hangus.
  4. Teruskan memasak sehingga ayam benar-benar masak, permukaannya nampak berkilat dan kuah menjadi sedikit pekat serta melekat pada ayam. Pada ketika ini, aroma sudah cukup untuk menarik perhatian jiran sebelah!

Sumber: Nur Amalyna Zuraida

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Ketumbar, Perapan Rahsia ini Confirm Lazat Menjilat Jari!



Source link

Scroll to Top