Ayam Masak Laos: Kelezatan Aromatik Khas Banjar yang Menggugah Selera


resipi ayam masak laos

Resipi ayam masak laos ini sering dikenali sebagai ayam masak lengkuas yang menawarkan rasa yang amat harum.

Hidangan ini terdiri daripada kombinasi serai, lengkuas, bawang putih, bawang merah, dan cili yang menciptakan cita rasa yang sangat aromatik dan pastinya lezat. Disajikan dengan nasi putih dan nasi minyak, pasti menjilat jari!

Jom lihat resipi lengkap di bawah ini. Sayang jika anda tidak mencubanya!

Baca lagi: Donat Pisang Paling Lembut, Wanginya Sampai Semerbak Satu Rumah

RESIPI AYAM MASAK LAOS

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam – dipotong mengikut saiz pilihan
  • 6 batang serai – dihiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 10 ulas bawang putih
  • 15 biji bawang merah
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 senduk cili kering kisar
  • Garam dan perisa secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Kisar semua bahan seperti serai, halia, lengkuas, bawang putih, bawang merah, dan serbuk kunyit hingga halus.

2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar tadi hingga naik bau yang harum.

3. Masukkan ayam yang telah dipotong, dan tambahkan 2 senduk cili kering yang dikisar. Gaul hingga sebati dan biarkan ayam masak dalam bahan tumisan.

4. Tambahkan sedikit air jika perlu, namun ingat ayam juga akan mengeluarkan air semasa memasak. Masukkan garam dan perisa secukupnya.

5. Tutup periuk dan biarkan masakan hingga minyak muncul dan ayam benar-benar empuk.

6. Setelah ayam empuk dan kuah berempah pekat, angkat dan sajikan panas-panas.

Selamat mencuba!

Sumber: Malatimah Bandi

Baca lagi: Beza Timun Biasa Dan Timun Jepun, Salah Pilih Boleh Jadi Kelat & Pahit!



Source link

Scroll to Top