Resepi masak lemak ayam ini gampang dan tidak mengambil lebih daripada 20 minit untuk disiapkan. Rasanya kaya, pedas berlemak, dengan aroma serai, lengkuas, dan halia yang menggugah selera.
Selain itu, proses penyediaan sangat mudah kerana tidak memerlukan bawang, hanya menggunakan bahan-bahan asas yang biasanya terdapat di dapur.
Selain itu, terdapat petua dari penduduk Negeri Sembilan, jika memasak daging kerbau, boleh menambah halia dan lengkuas untuk menghilangkan bau hanyir. Namun, jika menggunakan ayam atau protein lain, cili padi, kunyit, asam keping, dan serai sudah cukup.
Jom semak resipi ini yang sangat sedap jika disertakan dengan ulam-ulaman atau sambal tempoyak di sisi!
Baca lagi: Cara Lembutkan Nasi Keras Dan Kering, Puas Hati Bila Melihat Hasilnya
RESIPI MASAK LEMAK AYAM
Bahan-bahan (Untuk Seekor Ayam)
Bahan Kisar:
- Segenggam cili padi (boleh dikurangkan jika tidak tahan pedas)
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1/2 inci kunyit hidup
Bahan Utama:
- Seekor ayam, dipotong mengikut kesukaan
- Ubi kentang (pilihan, tetapi sedap untuk menambah isi)
- 2 batang serai, diketuk
- Santan secukupnya (ikut kepekatan kuah yang disukai)
- Sekeping asam keping
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
1. Kisar cili padi, halia, lengkuas, dan kunyit hidup hingga halus.
2. Masukkan bahan kisar dan serai ke dalam periuk tanpa minyak. Tambahkan ayam dan ubi jika menggunakan, gaul hingga rata.
3. Tuang santan ke dalam periuk, agak-agak sahaja mengikut kepekatan kuah yang diingini. Jika sukakan kuah pekat, jangan tambah terlalu banyak santan.
4. Masak bahan-bahan hingga kuah mendidih dan ayam serta ubi masak sempurna.
5. Tambahkan sekeping asam keping untuk memberikan sedikit rasa masam (ini pilihan bagi yang suka rasa masam) dan garam secukup rasa.
6. Apabila kuah sudah pekat dan ayam empuk, tutup api. Hidangan ini boleh dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.
Sumber: Edi Arjuna Pencerita
Baca lagi: Kek Red Velvet Kukus, Terliur Melihat Kejadiannya, Lembut Seperti Baldu!