Ayam Pandan Sederhana: Resepi Tanpa Balut, Rasa Penuh Aroma!


ayam pandan

Resepi Ayam Goreng Pandan ini diilhamkan daripada ayam pandan Thailand yang biasanya dibalut dengan daun pandan. Namun, cara penyediaannya lebih ringkas kerana anda tidak perlu bersusah payah membalutnya. Cukup dengan mencampurkan semua bahan dan terus menggoreng.

Aromanya yang wangi semasa menggoreng pasti akan memikat selera. Haruman daun pandan meresap ke dalam ayam, menjadikan kita tidak sabar untuk menikmati hidangan ini. Mari cuba!

Baca juga: Resipi Kari Ayam Padu Dari Biasa, Rupanya Kena Perap Dengan Bahan Rahsia

RESEPI AYAM PANDAN WANGI

ayam pandan

Bahan-bahan:

  • 4 cawan daging ayam (dipotong dadu, jangan terlalu kecil agar tidak mengecut selepas digoreng)
  • 2-3 batang serai (dipotong nipis)
  • 5 helai daun pandan (dipotong)
  • 1 sdm kicap cair masin
  • 1 sdm kicap ikan/sotong
  • 2 sdm sos tiram
  • 1 sdb perasa (jika berkenan)
  • 1/2 sdk lada putih serbuk
  • 1 sdm serbuk ketumbar
  • 1 sdm gula
  • 2 sdm tepung jagung atau tepung beras
  • 3 sdm santan pekat

Bahan kisar:

  • 3 hingga 5 ulas bawang putih
  • 1 batang cili merah/besar
  • 1 inci halia
  • Akar ketumbar

Cara-cara:

  1. Gabungkan semua bahan bersama bahan kisar.
  2. Gaul rata semua bahan dan perap selama 30 minit sebelum digoreng.
  3. Selamat mencuba!

Kredit resepi dan gambar: Makcik Ratu

Baca juga: Resipi Ayam Buttermilk Versi Kering Pedas, Bila Makan Tak Rasa Muak Langsung!



Sumber pautan

Scroll to Top