Setiap kali melawat kedai tomyam, pasti ingin memesan hidangan paprik yang luar biasa lazat. Sebenarnya, terdapat cara penyediaan Paprik Ayam yang ringkas yang boleh anda cuba di rumah.
Di Malaysia, paprik menjadi hidangan goreng yang berkuah sambal dan sering kali dijadikan lauk paling popular ketika makan di restoran masakan Thai atau kedai-kedai tomyam.
Hidangan yang berasal daripada Thailand ini telah menjadi sebahagian daripada citarasa rakyat Malaysia. Malah, hampir setiap restoran memiliki paprik dalam senarai menu mereka.
Anda tidak perlu keluar dari rumah, anda boleh menyediakan Paprik Ayam yang sedap dengan resipi yang dikongsikan oleh Sue Zana di Facebook. Mari kita cuba!
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Tomyam, Sekali Hirup Kuahnya Boleh Kecur Air Liur
RESIPI PAPRIK AYAM SIMPLE
Bahan-bahan:
- Ayam (dipotong kecil-kecil)
- 3 hingga 4 sudu besar cili kisar
- 5 hingga 6 sudu besar sos cili
- ½ bawang besar (dipotong halus)
- ½ bawang besar (dipotong besar untuk hiasan)
- 2 batang serai (dipotong halus)
- 1 biji tomato
- 5 hingga 6 batang cili api (diketuk)
- Daun limau purut
- ½ batang lobak merah (dipotong bulat)
- Garam secukup rasa
- Kicap manis
- Minyak masak
Cara-cara memasak:
1. Pertama, panaskan kuali dengan minyak terlebih dahulu.
2. Seterusnya, tumis bawang yang telah dipotong halus bersama dengan daun limau purut dan serai.
3. Setelah naik aroma, masukkan cili kisar dan kacau, kemudian tambahkan sos cili.
4. Selepas itu, masukkan ayam dan gaul hingga separuh masak.
5. Kemudian, tambah garam, cili api dan bawang yang telah dipotong besar tadi.
6. Akhir sekali, masukkan lobak merah dan masak hingga sayur menjadi lembut. Setelah itu, boleh tutup api.

Kredit Gambar: mrsiraphol dari Freepik
Jika anda berminat, boleh juga menambah sayur-sayuran lain seperti putik jagung, kacang panjang dan banyak lagi. Yang penting, Paprik Ayam yang mudah ini tidak sukar untuk disediakan dan caranya juga cukup ringkas.
Selamat mencuba!
Kredit gambar muka depan: Facebook Sue Zana, mrsiraphol dari Freepik
Sumber: Sue Zana
Baca juga: Resepi Sotong Paprik Simple Dengan 3 Langkah, Sedap Sebijik Macam Di Kedai!