Ayam Tiga Budak Gemok: Sambal Gesek yang Membuat Ketagihan Meski Telinga Berdesing!


ayam tiga budak gemok

Apabila mengidam untuk menyantap sesuatu yang enak tetapi malas untuk keluar, resipi ini adalah solusinya! Perpaduan ayam tiga budak gemok yang penuh rasa bersama sambal belacan gesek yang pedas dan masam pastinya menggugah selera.

Resipi ini bukan sahaja ringkas tetapi juga sedap dan pasti akan disukai oleh ahli keluarga anda.

Ikuti langkah-langkah mudah yang telah dikongsi di bawah ini.

Baca lagi: Cara Buat Nasi Sugarbun, Resipi Asli Borneo Ini Lezat & Pastinya Disukai Ramai!

RESIPI AYAM TIGA BUDAK GEMOK

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong kecil, digoreng hingga masak)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10-15 biji cili api (boleh ditambah jika ingin lebih pedas)
  • 1 inci halia (pilihan, boleh diketepikan jika tidak mahu)
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis

Cara Penyediaan:

1. Kisar atau tumbuk halus bawang besar, bawang putih, cili api, dan halia.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama daun kari hingga garing dan beraroma.

3. Tambahkan sos tiram dan kicap manis. Gaul rata sehingga bahan tumis sebati.

4. Masukkan ayam goreng yang telah disiapkan. Gaul sehingga ayam disalut sepenuhnya dengan bahan tumis.

5. Angkat dan hidangkan ketika panas. Nikmati bersama nasi putih atau makan begitu sahaja!

RESIPI SAMBAL GESEK

Bahan-bahan:

  • 10-15 biji cili api merah
  • 6-8 biji cili api hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar belacan
  • ½ sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Jus limau nipis secukupnya
  • Sedikit minyak masak

Cara Penyediaan:

1. Hiris nipis bawang besar, bawang putih, dan cili api.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng semua bahan hiris hingga layu.

3. Angkat dan toskan minyak. Masukkan ke dalam lesung batu.

4. Tambahkan belacan, gula, dan garam. Tumbuk hingga separuh lumat.

5. Masukkan jus limau nipis dan kacau rata.

6. Panaskan semula 2 sudu minyak yang digunakan tadi. Tumis bahan tumbuk selama 5 minit untuk meningkatkan rasa dan aroma.

7. Sambal belacan gesek sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Noor Farazuana

Baca lagi: Resipi Ketam Cili Padi Dimasak Bersama Serbuk Kari, Sedapnya Tak Terkata, Fuh!



Sumber pautan