Jika anda terbiasa membuat sup ayam biasa, kali ini anda boleh mencuba resipi sup ayam tomato. Rasanya lebih umami dan berbeza.
Tomato tidak hanya memberikan rasa masam manis yang seimbang, tetapi juga menjadikan kuahnya lebih segar. Ketika anda menikmati sup panas-panas, rasa nikmatnya pasti membuat anda tak sabar untuk habiskan semangkuk.
Jika anda sedang mencari idea untuk menyediakan hidangan yang ringan, berkhasiat tetapi tetap menggiurkan, cubalah sup ayam tomato ini.
Baca juga: Sup Daging Thai Ala Kedai Tomyam, Resipi Kaw & Padu Ini Wajib Cuba Di Rumah!
RESEPI SUP AYAM TOMATO
Bahan-bahan untuk menumis:
- 1 biji bawang merah saiz kecil (hiris nipis)
- 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
- 2 inci halia (dihiris)
- Akar daun sup
- 1 sekawan
- 1 biji tomato
Bahan-bahan:
- 7-8 ketul ayam
- 3 mangkuk air
- Lobak merah
- Kentang (jika berminat)
- 1 biji tomato
- 4-5 sudu besar jus limau
- Daun sup
- Cili api
- Secukup rasa
Cara penyediaan:
- Tumis bahan-bahan tumis iaitu bawang merah, bawang putih, halia, akar daun sup, 1 sekawan dan tomato sehingga naik aroma dan layu.
- Seterusnya, masukkan ayam dan gaul rata dengan bahan tumis tadi.
- Tuangkan air sebanyak 3 mangkuk atau mengikut jumlah yang diinginkan. 1 mangkuk untuk seorang makan.
- Setelah itu, masukkan lobak merah. Tambahkan juga kentang jika mahu.
- Apabila sup telah mendidih, masukkan 1 biji tomato lagi.
- Selanjutnya, tuangkan jus limau. Jika tidak ada, anda boleh menggunakan limau kasturi atau limau nipis.
- Tambahkan daun sup dan cili api jika anda menyukai pedas.
- Biarkan ia mendidih selama 10 minit.
- Apabila ayam sudah empuk, masukkan serbuk perasa. Boleh juga disubstitusikan dengan garam, perasa cendawan, atau perasa lain yang disukai.
- Sup ayam tomato sudah siap untuk dihidangkan!
Sumber: Nor Farah Atika
Baca juga: Sup Sayur Tauhu Telur Simple, Sesuai Untuk Yang Nak Diet Tapi Suka Makan Sedap!