Bahulu Kampung 3 Bahan: Nikmati Kelezatan Celup Kopi yang Menggoda!


resepi bahulu kampung

Resepi bahulu kampung ini sebagai kenangan manis. Aroma yang memikat dan rasa yang manis lemak, sedap dinikmati sama ada dalam keadaan panas atau sejuk.

Paling best apabila dibakar hingga sedikit garing di pinggirnya, kemudian dicicah dengan kopi O panas. Pasti tidak akan mencukupi satu biji!

Jika ingin membuat sendiri, jangan bimbang kerana bahannya mudah dan langkah-langkahnya ringkas. Mari kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Tiramisu Versi Jimat Guna Kuih Bahulu, Tak Sangka Sedap & Berbaloi!

RESEPI BAHULU KAMPUNG

resepi bahulu kampung

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Masukkan telur ke dalam mangkuk besar. Tambahkan gula juga.
  2. Pukul dengan mesin pengaduk berkelajuan tinggi atau menggunakan pemukul tangan.
  3. Pukul sehingga campuran kembang, pekat, dan warnanya berubah menjadi putih pucat.
  4. Semakin lama dipukul, bahulu akan menjadi lebih ringan dan gebu.
  5. Ayak tepung gandum untuk mengelakkan adunan berketul.
    Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan menggunakan spatula atau senduk kayu.
  6. Gaul secara kaup balik untuk memastikan udara dalam adunan tidak pecah. Pastikan semua tepung sebati dan tiada yang berketul.
  7. Panaskan acuan bahulu atau magic pan di atas api sederhana.
  8. Sapu sedikit minyak atau mentega pada acuan agar bahulu tidak melekat.
  9. Masukkan adunan ke dalam acuan. Jangan terlalu penuh supaya adunan tak melimpah ketika naik.
  10. Tutup penutup magic pan rapat-rapat agar bahulu masak sekata.
  11. Masak dengan api kecil hingga sederhana.
  12. Periksa bahulu, jika bahagian bawah sudah keperangan, boleh terbalikkan dengan perlahan untuk membakar bahagian atas (jika menggunakan magic pan).
  13. Jika mahu bahulu rangup, biarkan betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Norliza Nordin

Baca juga: Resepi Bahulu Gulung Kampung, Ada Tips Supaya Tak Pecah Dan Cantik Terbentuk



Sumber pautan

Scroll to Top