Resepi bawal masam manis ini sangat mudah dan ringkas. Ideal untuk hidangan tengah hari atau malam.
Kombinasi rasa sos yang masam dan manis pastinya akan menarik perhatian suami dan anak-anak. Dengan satu sajian ini sahaja pun sudah mencukupi, tidak perlu hidangan lain!
Jika ada yang ingin mencubanya, mari lihat resipi lengkap yang dikongsikan oleh Encik Mohamad Ismail Amir di bawah.
Baca juga: Resipi Singgang Ikan Tongkol, Hidangan Simple & Jimat Masa Tetapi Sangat Sedap!
RESEPI BAWAL MASAM MANIS (SWEET SOUR)
Bahan-bahan:
Cara memasak:
- Bersihkan ikan bawal dan toskan airnya.
- Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit hingga rata.
- Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
- Tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga halus.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
- Masukkan pes cili kering dan sos cili secukup rasa. Kacau rata.
- Tambah sayur pilihan yang telah dipotong dadu.
- Perahkan jus limau kasturi ke dalam kuah.
- Masukkan ikan bawal yang telah digoreng ke dalam kuah masam manis.
- Renehkan dengan api perlahan selama 10 minit supaya kuah menyerap ke dalam ikan.
- Siap untuk dihidangkan!
Sumber: Mohamad Ismail Amir
Baca juga: Resipi Ikan Terubuk Masin Goreng Bawang, Aroma Pun Sudah Buat Perut Berkeroncong!