Bebaskan Tangan dari Rasa Terbakar dan Bau Hanyir dengan Dua Ramuan Mudah Ini!


cara hilangkan tangan pijar

Saat berada di dapur, anda pasti pernah mengalami tangan yang terasa panas atau berbau hanyir. Sebenarnya, terdapat cara untuk menghilangkan rasa pijar dan bau hanyir hanya dengan menggunakan bahan yang sangat mudah.

Setelah memotong atau menumbuk cili, tangan akan mulai merasa panas berdenyut, iaitu pijar. Kadang kala, keadaan ini boleh berlanjutan sehingga ke malam dan membuatkan anda merasa tidak selesa.

Jika anda mengendalikan ikan atau udang, tangan pasti akan berbau hanyir walaupun telah dibasuh berkali-kali. Anda tidak sendiri, semua orang pernah menghadapi masalah yang sama ini.

Oleh kerana itu, kami ingin berkongsi cara berkesan untuk menghilangkan tangan yang pijar dan berbau hanyir. Menariknya, anda hanya memerlukan dua bahan yang mudah didapati di dapur.

Baca juga: 4 Jenis Makanan Ini Cepat Basi Kalau Tak Jaga Elok, Ikuti Petua Ini Untuk Mengatasinya

CARA HILANGKAN TANGAN PIJAR DAN BAU HANYIR

cara hilangkan tangan pijar

Bahan-bahan:

Cara-caranya:

1. Pertama, potong tiub ubat gigi yang hampir habis di rumah.

cara hilangkan tangan pijar

2. Selepas itu, masukkan sisa ubat gigi ke dalam bekas.

3. Kemudian, tambahkan garam hingga adunan menjadi seperti scrub.

4. Seterusnya, gaulkan adunan sehingga sebati.

5. Apabila ingin menggunakan, lumurkan campuran ubat gigi dan garam ini pada tangan.

6. Gosok tapak tangan anda dan biarkan seketika.

Petua ini bukan sahaja berkesan untuk menghilangkan tangan yang pijar dan berbau hanyir, tetapi juga boleh digunakan untuk menghilangkan warna kunyit atau pewarna makanan pada tangan.

Bagi menghilangkan warna yang melekat, anda perlu gosok dan bilas beberapa kali. Hasilnya, tangan anda akan bersih dan tidak berbau dalam sekelip mata.

Tips tambahan dalam cara hilangkan tangan pijar:

  • Elakkan menggunakan ubat gigi jenis gel kerana keberkesanan yang kurang.
  • Kesan menghilangkan pijar mungkin berbeza bagi setiap individu bergantung pada kesesuaian.
  • Jika tangan masih terasa pijar, boleh juga sapukan susu pekat, minyak, vaseline, vicks, losyen atau toner wajah (jenis beralkohol) pada tangan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Yatie Eimra

Baca juga: Petua Hilangkan Bau Hangit Dalam Masakan, Selamatkan Guna Daun Ini Saja



Source link

Scroll to Top