Jika anda seorang yang gemar menjelajah namun tidak mahu menghabiskan wang di luar negara, boleh mencuba senarai resepi bekal praktikal yang sesuai untuk pengembara ini. Yang paling penting, ia lebih menjimatkan dan memberikan kepuasan.
Tak semua hidangan di luar negara selari dengan selera, jadi tidak menghairankan jika ramai pengembara kini bijak berjimat dengan menyediakan bekal sendiri.
Berikut adalah beberapa resepi bekal praktikal yang sedikit sebanyak dapat membantu anda berjimat ketika mengembara. Bukan sahaja mudah, malah cepat disediakan dan enak.
Baca juga: Ingin Travel Bajet? Ini 7 Strategi Mencari Makanan Halal & Murah Di Negara Orang!
5 RESEPI BEKAL PRAKTIKAL UNTUK TRAVEL BAJET
1. Sardin dalam tin.

Kredit gambar: Facebook Hashimah Pa’at
Bahan-bahan:
- Sardin dalam tin
- Bawang besar
- Cili padi
- Limau nipis
Cara penyediaan:
- Untuk permulaan, hiris bawang besar dan cili padi.
- Seterusnya, gaulkan dengan sardin.
- Perahkan limau nipis sebagai penetral bau ikan.
2. Pasta tumis.

Kredit gambar: Freepik
Bahan-bahan:
- Pasta (rebus terlebih dahulu)
- Sayuran pilihan: bawang, lobak merah, capsicum
- Sos tomato, cili, atau kicap
Cara penyediaan:
- Pertama, tumis bawang dan masukkan bahan sayuran.
- Seterusnya, campurkan dengan pasta.
- Gaul hingga sebati.
3. Nasi lemak dalam tin.

Kredit gambar: Facebook Rahizal Ruziha
Bahan-bahan:
- Nasi
- Santan dalam kotak atau serbuk santan segera
- Bahan tambahan: telur rebus
Langkah-langkah penyediaan:
- Permulaan, masak nasi seperti biasa.
- Jika menggunakan santan dalam kotak, masukkan secara terus semasa memasak nasi.
- Jika memilih serbuk santan segera, masukkan selepas nasi hampir kering.
4. Sambal Ikan Bilis Kering.

Kredit gambar: Facebook Jaja Noriza
Ramuan-ramuan:
Langkah penyediaan:
- Permulaan, goreng ikan bilis sehingga garing.
- Seterusnya, masak serbuk cabai menggunakan api perlahan.
- Matikan api dan tambah bawang goreng.
- Campurkan serbuk perasa dan gaul hingga sebati.
(Sumber: Eyqa Roslan)
5. Wrap Tuna.

Kredit gambar: Facebook Zalekha Zabidi
Ramuan-ramuan:
- Wrap
- Tuna
- Sayur pilihan: salad, timun, tomato
- Sekadar mayonis
- Sekadar sos
Langkah penyediaan:
- Permulaan, toskan air tuna hingga kering.
- Seterusnya, panaskan sekejap wrap.
- Letakkan tuna di atas wrap bersama salad, timun, dan tomato.
- Jika mahu, boleh campurkan sedikit mayonis dan sos.
- Gulung dengan rapi.
(Sumber: Facebook Sempoi Resepi)
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.
Ini adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Freepik, Facebook Zalekha Zabidi
Sumber: adoi4u
Baca juga: Resepi Sarapan Oatmeal, Sup & Wrap Yang Jimat Ketika Travel, Semua Mesra Poket!