Bihun Singapore Mudah dan Sedap: Santapan yang Pasti Menyelerakan!


resepi bihun singapore

Pada hujung minggu, pasti ingin memasak hidangan yang mudah tetapi tetap enak dan menarik selera. Oleh itu, anda bolehlah mencuba resipi Bihun Singapore ini yang hasilnya pasti tidak akan mengecewakan.

Sama ada untuk sarapan, makan tengah hari, bekal atau potluck, sajian Bihun Singapore sentiasa memberikan kepuasan. Walaupun namanya ‘Singapore’, hidangan ini sangat selari dengan citarasa masyarakat Malaysia.

Jika anda mencari resipi Bihun Singapore yang ringkas tetapi lazat, ikuti setiap langkah yang dikongsikan oleh Siti Naquiah ZulkifLi di Facebook ini.

Baca juga: Cara Buat Bihun Sup Simple & Mudah Di Rumah, Siap Dalam 15 Minit Saja

RESEPI BIHUN SINGAPORE

resepi bihun singapore

Bahan-bahan:

  • Sebungkus bihun (rendam dalam air paip biasa selama lebih kurang 1 jam)
  • Sayuran pilihan (jagung muda, lobak merah dan taugeh)
  • 1 paket kecil lada hitam (kisar kering hingga halus)
  • Sekitit udang (dibersihkan dan dibuang kepala jika mahu)
  • Isi ayam (dipotong kecil-kecil)
  • Daun sup & daun bawang (untuk hiasan)
  • 1 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih (kisar dengan sedikit air)

Cara-cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali besar.

2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar sehingga wangi.

3. Masukkan lada hitam kisar (kuantiti bergantung pada tahap kepedasan yang diingini).

4. Tambahkan ayam dan udang, kacau sehingga bahan hampir masak.

5. Masukkan jagung muda dan lobak merah, kacau seketika.

6. Tuangkan sedikit air paip (anggaran 1 cawan lebih sedikit, cukup untuk melembapkan bihun nanti).

7. Perasakan dengan garam dan ajinomoto. Jika tidak mahu menggunakan ajinomoto, boleh gantikan dengan sedikit gula.

8. Masukkan bihun yang telah ditoskan. Gaul sekata sehingga bihun lembut dan menyerap semua perisa.

9. Akhir sekali, masukkan taugeh, daun bawang dan daun sup. Gaul sebentar dan terus tutup api. Hidangan siap untuk disajikan!

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Naquiah ZulkifLi

Baca juga: Rahsia Bihun Soto Sedap & Lebih ‘Kick’, Kena Lebihkan Bahan RAHSIA Ini Dalam Kuah!



Source link

Scroll to Top