Alangkah menggembirakannya jika dapat menikmati snek sambil menonton filem kegemaran di rumah. Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda mengenai resepi Biskut Coklat Chip yang rangup.
Disebabkan Biskut Coklat Chip sering menjadi pilihan ramai di setiap musim perayaan, ramai yang menggunakannya untuk tujuan perniagaan.
Nor Azliza Mohamed sering menerima maklum balas positif daripada pelanggan kerana ianya sangat sedap, oleh itu dia telah berkongsi resepi Biskut Coklat Chip yang dihasilkannya. Jom kita cubakan!
Baca juga: Biskut Cornflakes Tanpa Bakar, Menggunakan 3 Bahan Tapi Rangup Sungguh
RESEPI BISKUT COKLAT CHIP
Bahan A:
Bahan B:
- 2½ cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 6 sudu besar minyak jagung atau minyak masak
Bahan C:
- 1 cawan cip coklat
- Kacang pilihan (saya gunakan ½ cawan biji bunga matahari, sangai sebentar)
Langkah-langkah penyediaan:
1. Pertama, gaul sebati semua bahan A dalam mangkuk.
2. Selepas itu, masukkan bahan B ke dalam adunan A tadi (jika terlalu lembik, tambahkan 2 sudu besar tepung gandum).
3. Kemudian, tambahkan secawan cip coklat dan sebarang kekacang yang diingini (tak mahu letak kekacang juga tidak mengapa kerana rasanya sudah sedap tanpa itu).
4. Seterusnya, ambil sedikit adunan dan susun di atas loyang yang dialas kertas pembakar (jarakkan sedikit kerana biskut akan berkembang semasa dibakar).
5. Akhir sekali, bakar pada suhu 160ºC selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak, bergantung kepada ketuhar masing-masing. Siap untuk dinikmati!
Hasil daripada resepi Biskut Coklat Chip ini mampu menghasilkan banyak balang. Jika anda mencubanya buat kali pertama, boleh mulakan dengan menggunakan separuh daripada bahan-bahan yang disediakan.
Tiada sesiapa yang akan menolak untuk menikmati Biskut Coklat Chip yang comel dan rangup. Mungkin, satu balang pun boleh habis dalam sehari jika dinikmati bersama-sama.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Azliza Mohamed
Baca juga: Biskut Telur Rebus, Gunakan Resipi Ini Untuk Rasa Yang Sempurna Klasik