Anda pernahkah memikirkan apa yang membuatkan resepi biskut ala kedai terkenal tersebut begitu istimewa? Apabila melalui kedai itu, pasti ada keinginan untuk membeli kerana terpesona dengan aroma yang memikat.
Jika tidak dibeli, pasti di rumah akan terus teringat! Namun, jika selalu membeli, harga untuk satu bekas juga agak tinggi. Sekali menikmati, tidak lama langsung habis.
Jadi, bagaimana jika kita mencuba untuk menghasilkan biskut ini sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Puan Ema Nurida di bawah? Sediakan dalam jumlah banyak, boleh dinikmati bila-bila masa!
Baca juga: Resipi Cookies Lembut Rangup & Empuk Di Dalam, Sekali Makan Tak Cukup!
RESEPI BISKUT ALA FAMOUS AMOS
Bahan A (Dikacau hingga sebati):
- 250 gram mentega
- 1 cawan gula perang
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil minyak butter (untuk memberikan aroma pada biskut)
- 1 biji kuning telur
Bahan B:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 6 sudu besar minyak
- 1 cawan coklat chip
- 1 cawan badam yang dicincang (disangai)
Cara-cara:
- Kacau semua bahan A sehingga rata.
- Setelah bahan A teradun, masukkan bahan B.
- Gaul lagi dan pastikan semua bahan bercampur, kecuali cip coklat dan badam cincang.
- Apabila adunan sudah merata, masukkan coklat chip dan badam cincang.
- Setelah adunan siap, masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Selepas 30 minit, keluarkan adunan dan sedia untuk dibakar.
- Ketika menyusun adunan di atas tray, pastikan jarak antara satu sama lain bagi membolehkan biskut mengembang.
- Bakar selama 20 minit pada suhu 150°C menggunakan api atas bawah atau mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing.
Kredit: Ema Nurida
Baca juga: Sediakan 1 Adunan Dapat 2 Jenis Cookies, Jimat Masa & Pasti Sedap!