Pernahkah anda berfikir tentang apa yang membuatkan resepi biskut ala kedai terkenal tersebut begitu istimewa? Setiap kali mel经过 kedai itu, pasti hati ingin membeli kerana terpesona dengan aroma yang menawan.
Jika tidak membelinya, saat pulang ke rumah pasti akan teringat-ingat! Namun, jika sering membeli, harga satu bekas juga boleh dikategorikan mahal. Sekali makan, sekejap sahaja terus habis.
Jadi, bagaimana jika kita mencuba untuk membuat biskut ini sendiri di rumah dengan menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Puan Ema Nurida di bawah? Sediakan dalam kuantiti yang banyak, supaya boleh dinikmati bila-bila masa!
Baca juga: Resipi Soft Cookies Rangup & Lembut Di Dalam, Sekali Makan Pasti Nak Lagi!
RESEPI BISKUT ALA FAMOUS AMOS
Bahan A (Gaul hingga sebati):
- 250 gram mentega
- 1 cawan gula perang
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil butter oil (bagi memberikan aroma kepada biskut)
- 1 biji kuning telur
Bahan B:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 6 sudu besar minyak
- 1 cawan cip coklat
- 1 cawan badam cincang (disangai)
Langkah-langkah:
- Campurkan kesemua bahan A hingga ia menjadi sebati.
- Setelah bahan A bercampur, masukkan bahan B ke dalam adunan.
- Gaul sehingga rata dan campurkan semua bahan kecuali chip coklat dan badam cincang.
- Setelah adunan dicampur dengan baik, masukkan cip coklat dan badam cincang.
- Bila adunan telah selesai, letakkan di dalam peti sejuk selama setengah jam.
- Selepas 30 minit, keluarkan adunan dan ia sudah siap untuk dibakar.
- Ketika menyusun adunan di atas loyang, pastikan ada jarak antara satu sama lain untuk memberi ruang biskut mengembang.
- Bakar selama 20 minit pada suhu 150°C menggunakan api atas bawah atau bergantung kepada ketuhar masing-masing.
Kredit: Ema Nurida
Baca juga: Hasilkan 1 Adunan Dapat 2 Jenis Cookies, Jimat Masa & Confirm Sedap!