Salah satu hidangan yang sering menyemai kenangan awal Muharram di desa adalah Bubur Asyura. Kali ini, kami ingin mengajak anda untuk mencuba resepi Bubur Asyura Utara yang keenakannya tiada tandingan.
Bubur Asyura adalah hidangan manis yang dimasak daripada gabungan pelbagai ramuan seperti tepung, santan, gula, kekacang, jagung, ubi, dan kadangkala buah-buahan kering.
Perkongsian resepi Bubur Asyura Utara oleh Nur Aishah Md Saad di Facebook ini telah menarik banyak perhatian kerana hanya memerlukan 2 cawan tepung dan santan kotak sahaja.
Baca juga: Resepi Bubur Lambuk Guna 2 Cawan Beras, Mudah Dan Senang Dibuat Di Rumah
RESEPI BUBUR ASYURA UTARA
Bahan A:
- 2 cawan tepung beras
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 santan kotak (200ml)
- 4 cawan air (mengikut sukatan cawan yang sama dengan tepung)
- 1 sudu kecil garam
- 3 helai daun pandan (simpulkan)
- 1 cawan gula putih
- Gula merah secukup rasa (mengikut warna dan kemanisan yang diinginkan)
- 1 cawan air panas (untuk melarutkan gula merah)
Cara menyediakan adunan A:
1. Campurkan semua bahan A dalam kuali, tetapi jangan nyalakan api dahulu.
2. Kacau rata hingga sebati. Pastikan tiada tepung berketul.
3. Apabila sudah sebati, barulah hidupkan api perlahan.
4. Masak dan kacau perlahan-lahan hingga adunan mula pekat.
Bahan B (isi dan kekacang):
- ½ biji ubi keledek (potong dadu kecil dan rebus terlebih dahulu)
- ½ cawan kacang hijau (rebus hingga empuk)
- Jagung dalam tin (gunakan anggaran separuh tin atau mengikut kesukaan)
- ½ cawan kacang merah (rebus)
- ½ cawan kacang kuda (rebus)
Cara-cara menyediakan adunan B:
1. Setelah bubur hampir masak dan likat, tambahkan semua bahan B ke dalam kuali.
2. Teruskan mengacau dengan api perlahan.
3. Masak sehingga bubur kelihatan berkilat, ini menandakan bahawa bubur sudah masak dan pekat dengan baik.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Aishah Md Saad
Baca juga: Bubur Asyura Johor, Untuk Rasa Lebih Asli Dan Beraroma Terdapat Rahsianya