Cabaran Nasi Lemak: Pilih Kegemaran Anda dan Menangi Hadiah Hebat!


Nasi lemak bukan hanya sekadar hidangan, ia adalah simbol budaya, rasa tempatan dan sebahagian daripada identiti warganegara Malaysia.

MyResipi, sebagai platform komuniti kuliner digital terkemuka di bawah REV Media Group, kini memberikan kesempatan kepada orang ramai untuk mencalonkan gerai atau restoran nasi lemak terbaik mereka dalam kempen unik, “Makan Sini Best”.

Kempen yang berlangsung dari Ogos hingga September 2025 ini bertujuan untuk mencari dan mengiktiraf pengusaha nasi lemak berdedikasi di Lembah Klang.

Yang lebih menarik, keseluruhan proses pencalonan dan pemilihan diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Malaysia menjadikan suara komuniti sebagai penentu utama.

Baca Juga: 5 Jenis Nasi Lemak Terkenal Di Malaysia, No. 3 Itu Paling ‘Rare’ & Pernah Viral!

Baca Juga: MyResipi Melancarkan Kempen “Makan Sini Best” Untuk Mencari Nasi Lemak Terhebat di Lembah Klang

Fasa Pencalonan Dimulakan

Bermula dari 9 hingga 23 Ogos 2025, orang ramai boleh mencalonkan gerai atau restoran nasi lemak kegemaran mereka dengan meninggalkan komen di hantaran rasmi kempen di media sosial MyResipi:

Facebook

TikTok

Instagram

Calonkan nasi lemak kesukaan anda beserta maklumat penting di bawah:

Sama ada kerana sambalnya yang pedas membara, nasi lemak daun pisang yang autentik, layanan mesra atau suasana nostalgia, apa jua alasan adalah diterima selagi ia datang daripada pengalaman yang sebenar.

Calonkan Nasi Lemak, Peluang Menang Hadiah Menarik

Bagi meriahkan proses pencalonan, MyResipi juga menganjurkan beberapa peraduan menarik sepanjang

Tempoh kempen dengan tawaran hadiah istimewa tajaan Le Nona. Antaranya:

  • Peraduan Gambar Nasi Lemak Paling Inovatif, di mana seorang pemenang akan membawa pulang sebuah Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L.

  • Peraduan Komen Paling Meyakinkan, yang menawarkan dua hadiah utama: Le Nona Jumbo Rose Wok Set dan Le Nona Jumbo Rose Wok Set (Edisi Scarlet).

Kreativiti dan keikhlasan dalam berkongsi pengalaman sangat digalakkan kerana ia akan menjadi pendorong kepada komuniti lain untuk mencuba dan menyokong peniaga tempatan.

Acara Kemuncak: 25 September 2025

Kemuncak kempen akan berlangsung pada 25 September 2025 menerusi sebuah acara mini penganugerahan yang akan menghargai vendor nasi lemak terbaik pilihan rakyat.

Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan komuniti, 100 pengunjung terawal bakal menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan istimewa daripada rakan penaja seperti Sunshine Bakeries Malaysia dan ZUS Coffee.

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi sebuah lagi Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L.

Maklumat Tambahan

Sebuah laman mikro khas telah dibangunkan di www.myresipi.com/makansinibest untuk menyediakan maklumat terkini mengenai senarai pencalonan, fasa undian serta aktiviti-aktiviti sepanjang kempen.

“Makan Sini Best” bukan sahaja sebuah platform untuk mengiktiraf hidangan kegemaran rakyat, tetapi juga usaha untuk menguatkan sokongan terhadap pengusaha makanan tempatan yang menjadi tunjang dunia kulinari Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk mencalonkan nasi lemak kesayangan anda bagi mengangkat jenama tersebut ke tahap tertinggi. Siapa tahu, pencalonan anda bakal memartabatkan mereka sebagai Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang tahun ini.





Pautan sumber

Scroll to Top