Sehebat mana pun seorang yang pandai memasak, pasti akan menghadapi situasi masakan yang terbakar. Sebenarnya, terdapat petua untuk menghapuskan bau hangit dalam masakan yang tidak ramai yang tahu.
Salah satu faktor makanan menjadi hangit ialah kerana api yang terlalu besar atau dimasak terlalu lama. Jika menggunakan periuk yang terlalu nipis, masakan mudah hangus pada bahagian bawah.
Bau hangit bukan sahaja merosakkan aroma hidangan, malah ia boleh mempengaruhi rasa makanan. Ramai yang segera membuang, sedangkan terdapat cara untuk menyelamatkannya.
Baca juga: Tips Memasak Ketika Terlebih Pedas, Masin, Masam Dan Manis, Ternyata Perlu Buat Macam Ini
PETUA UNTUK MENGHILANGKAN BAU HANGIT DALAM MASAKAN

Kredit gambar: freepik dari Freepik
1. Jika makanan berbau hangit semasa memasak, matikan api dan alihkan masakan ke dalam kuali atau periuk yang baru terlebih dahulu.
2. Jika terdapat kentang di rumah, boleh potong dan masukkan ke dalam masakan.
3. Jika tiada kentang, boleh juga menggunakan daun pandan dan masukkan sahaja ke dalam masakan.
4. Tidak perlu menghidupkan api, biarkan sebentar supaya bau hangit dapat diserap. Selepas itu, boleh makan seperti biasa.

Kredit gambar: freepik dari Freepik
Selepas ini, tidak perlu risau jika makanan tersilap hangus. Gunakan sahaja petua untuk menghapuskan bau hangit dalam masakan ini, dan masalah anda akan selesai.
Di samping itu, kami syorkan untuk menggunakan periuk yang lebih tebal atau memasang penggera supaya anda tidak terlupa. Setidaknya, tidak akan ada rasa malu lagi apabila bau hangus menyelubungi rumah.
Semoga berguna!
Kredit gambar muka depan: freepik dari Freepik, Facebook Yayar B. Awang Noh
Sumber: MiaNajwa
Baca juga: Tips Menggabungkan Santan Pecah Ketika Memasak, Hanya Perlu Masukkan Sehelai Daun!