Cakoi Lembut & Mengembang Tanpa Yis: Resepi Mudah yang Wajib Cubalah!


resepi cakoi simple

Jika anda sedang mencari resepi cakoi simple tanpa yis, inilah kaedah yang paling praktikal untuk dicuba di rumah. Bahan-bahannya mudah dan anda tidak perlu menunggu doh untuk mengembang terlalu lama.

Rasanya tetap garing di luar dan lembut di dalam walaupun tanpa yis. Tekniknya juga tidak sukar; anda hanya perlu menguli sehingga doh halus dan menyejukkannya seketika dalam peti sejuk. Ayo coba!

Baca juga: Rahsia Membuat Kuih Tiram Yang Garing & Berlapis Cantik, Sebalang Memang Tidak Cukup!

RESEPI CAKOI SIMPLE TANPA YIS

resepi cakoi simple

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu besar gula
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak

Cara-cara:

  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda.
  2. Setelah diayak, masukkan gula dan garam.
  3. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga doh tidak melekat di tangan.
  4. Apabila doh telah halus, sapukan sedikit minyak ke atas doh, letakkan dalam bekas atau plastik, kemudian simpan dalam peti ais selama sejam.
  5. Selepas sejam, keluarkan doh dan biarkan pada suhu bilik. Uli sekali lagi doh tersebut dan anda boleh mula membentuknya.
  6. Panaskan minyak sebelum mula menggoreng.
  7. Goreng cakoi hingga keemasan dan sedia untuk dinikmati.

Sumber resipi dan gambar: Syaz Amira

Baca juga: Resipi Kuih Tepung Bunga Yang Kenyal-Kenyal Manis, Hanya Gunakan 3 Bahan!



Sumber pautan

Scroll to Top