Pernahkah anda memasak di pagi hari, tetapi pada tengah hari, hidangan tersebut sudah terasa berbeza? Sebenarnya, terdapat beberapa jenis makanan yang cepat basi jika tidak dijaga dengan baik dan ada cara untuk mengatasinya.
Malah, permasalahan makanan yang cepat basi sering terjadi di rumah. Terutama ketika cuaca panas atau metode penyimpanan yang tidak tepat, jelas akan mempercepatkan proses pembusukan makanan.
Makanan yang cepat rosak bukan sahaja menyebabkan kerugian, tetapi juga boleh membahayakan kesihatan jika terpaksa dimakan. Di samping itu, anda mungkin mengalami sakit perut dan cirit-birit akibat keracunan makanan.
Untuk mencegah situasi ini, kami akan berkongsi beberapa jenis makanan cepat basi dengan petua untuk mengatasinya. Mari kita lihat!
Baca juga: Baki Lauk Tak Habis Jangan Buang, Simpan Dengan Cara Mudah Dan Selamat Ini
4 JENIS MAKANAN CEPAT BASI DAN PETUA UNTUK ATASINYA
1. Masakan bersantan (contoh: gulai, lemak, kari)

Kredit gambar: jcomp dari Freepik
Petua:
- Pastikan santan dimasak sehingga benar-benar pecah minyak. Jika tidak dimasak dengan sempurna, santan akan rosak dengan cepat.
- Tambahkan sedikit asam keping, halia, atau kunyit hidup kerana bahan ini memiliki sifat antibakteria semula jadi.
- Elakkan menutup periuk terlalu rapat semasa memasak. Biarkan wap keluar untuk mencegah masakan menjadi terlalu berair dan rosak.
2. Sambal atau masakan berlada (contoh: masak merah, sambal tumis, sambal kicap)

Kredit gambar: freepik dari Freepik
Petua:
- Tumis cili kisar sehingga benar-benar garing dan minyak terhasil. Cili yang mentah mudah membuat sambal cepat rosak.
- Boleh menambah cuka atau jus limau untuk membantu mengawetnya secara semula jadi.
- Gunakan minyak dalam jumlah yang lebih untuk melindungi sambal daripada udara luar.
3. Sup atau masakan berkuah jernih (contoh: sup ayam, sup daging)
Kredit gambar: Facebook Aisyah Humaira
Nasihat:
- Elakkan menutup periuk ketika sup masih panas. Biarkan wap keluar terlebih dahulu untuk menghindari rasa masam.
- Boleh tambahkan halia dan bawang putih lebih sedikit untuk membantu mengelakkan makanan daripada cepat basi.
- Hindari menyimpan lauk panas terus ke dalam peti sejuk. Biarkan dalam suhu bilik selama 1 jam terlebih dahulu sebelum simpan.
4. Nasi (contoh: nasi putih, nasi lemak)

Kredit gambar: Facebook Siti Nor Azizah Rahim
Nasihat:
- Pastikan untuk mencuci periuk nasi dengan teliti sebelum memasak.
- Untuk nasi lemak, pastikan santan dimasak sampai benar-benar mendidih.
- Tambahkan sedikit halba dalam nasi lemak kerana ia berfungsi melambatkan proses pembasi.
Semoga berguna!
Kredit gambar muka depan: freepik, jcomp dari Freepik
Sumber: Nur Aryssa
Baca juga: Panduan Memasak Bila Terlalu Pedas, Masin, Masam Dan Manis, Ternyata Kena Buat Begini