Jika anda sedang mencari resepi cekodok pisang yang mudah tetapi hasilnya gebu dan enak, artikel ini ditujukan khas untuk anda!
Sesetengah individu, setiap kali mencuba resepi cekodok pasti akan menghasilkan yang leper, berminyak dan tiada kembung sama sekali.
Namun, setelah mencuba resipi ini, cucur dijamin kembung cantik, tidak leper dan yang paling menarik, walaupun sudah sejuk masih lembut dan sedap dinikmati.
Hanya dengan beberapa bahan asas dan tanpa serbuk penaik, anda boleh menghasilkan cucur yang rangup di luar, dengan isi dalamnya lembut dan penuh rasa pisang.
Baca juga: Tip Membuat Cucur Jagung Yang Super Rangup, Rahsianya Jangan Campur Dengan ‘Air’!
RESEPI CEKODOK PISANG SIMPLE
Bahan-bahan:
- 4 cawan pisang matang (ukur selepas dilenyek)
- 3 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan gula (kurangkan jika pisang sudah manis)
- 1 sudu kecil garam
Cara-cara:
- Lenyek pisang matang hingga halus menggunakan garfu atau penggiling. Pastikan tiada ketulan besar agar adunan sebati.
- Tambahkan tepung beras, gula, dan garam ke dalam pisang yang telah dilenyek. Gaul rata hingga semuanya larut.
- Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat, cukup bila boleh disudu dan masih mengekalkan bentuknya.
- Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Pastikan minyak cukup panas sebelum memulakan penggorengan.
- Gunakan sudu atau jari untuk mengambil adunan dan jatuhkan perlahan ke dalam minyak panas.
- Jangan terlalu rapat supaya tidak melekat antara satu sama lain.
- Goreng hingga keperangan dan garing di luar, sambil dibalik-balikkan untuk memastikan masakan sekata di bahagian dalam.
- Angkat dan toskan minyak pada tisu dapur.
Sumber: Faiza Jamaludin
Baca juga: Cucur Bilis Lebih Sedap Jika Tambah 2 Bahan Ini, Pasti Tak Akan Cari Resipi Lain Lagi!