Lepat cendol ialah pencuci mulut klasik yang mudah disediakan dan sangat lazat. Perpaduan rasa lemak manis dan tekstur kenyal, ia sesuai dinikmati bila sahaja.
Lebih menarik lagi, lepat cendol ini sukar untuk ditemukan dan tidak banyak peniaga yang menawarkan produk ini. Oleh itu, manfaatkan peluang ini dan cubalah hasilkan sendiri di rumah.
Bolehlah jadi, lepat cendol ini bakal menjadi salah satu kuih viral di Malaysia. Mari lihat resipi lengkap di bawah!
Baca lebih lanjut: Perapan Ayam Penyet Paling Mudah Dan Sedap, Resipi Ini Pasti Berjaya!
RESIPI LEPAT CENDOL
Bahan-Bahan:
- 1 cawan tepung jagung
- 5 cawan santan cair (Gunakan 1 kotak kecil santan Kara yang dicampurkan dengan 4 cawan air)
- ¾ cawan gula
- Secubit garam untuk meningkatkan rasa lemak
- 1 cawan cendol
- Daun pisang untuk membalut (atau gunakan bekas jika tiada daun pisang)
Cara Penyediaan:
1. Gaulkan tepung jagung, santan cair, gula, dan garam dalam periuk.
2. Kacau semua ramuan sehingga sebati.
3. Hidupkan api sederhana. Masak adunan sambil terus kacau sehingga pekat dan berbuih dengan bunyi pop pop.
4. Setelah adunan mencapai konsistensi yang pekat, matikan api.
5. Biarkan adunan sedikit sejuk, kemudian masukkan cendol.
6. Kacau rata supaya cendol tercampur sempurna dalam adunan.
7. Ambil daun pisang, sudukan adunan cendol di atasnya dan gulung dengan rapi. (Gunakan piring sebagai alas kerana adunan masih panas.)
8. Jika tidak ingin membalut, cukuplah dengan memasukkan adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan.
9. Letakkan lepat dalam peti sejuk sehingga betul-betul sejuk.
10. Setelah sejuk, lepat cendol sedia untuk dinikmati.
Tip Tambahan:
- Sekiranya menggunakan daun pisang, layurkan daun di atas api perlahan agar lebih lembut dan mudah untuk digulung.
- Simpan lebihan lepat dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.
Sumber: Lia Yob Ibrahim
Baca lebih lanjut: Resipi Bingka Susu Kastard, Cair Dalam Mulut Sampai Jiran Minta Ajar!