Selalunya menikmati di restoran, kali ini kami ingin mengajak anda untuk mencuba memasak resepi Char Kway Teow yang sangat lazat dan dijamin memuaskan.
Resepi Char Kway Teow ini dikongsi oleh Liza Idris di Facebook, yang mana kuahnya sangat pekat dan menggugah selera. Mari kita cuba!
Baca juga: Cara Memasak Kuey Teow Kungfu Di Rumah, Dapatkan Kuah Yang Pekat Dan Menarik!
RESEPI CHAR KWAY TEOW
Bahan-bahan untuk kuah (anggaran untuk lebih 10 pinggan):
- 10 hingga 15 ekor udang
- 2 biji bawang besar (saiz sederhana)
- 7 ulas bawang putih
- 4 sudu besar cili kering yang telah dikisar
- 1½ kiub pati ikan bilis
- 10 sudu besar kicap biasa
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar petis udang
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar gula
- Sekiranya perlu, sedikit garam
Bahan-bahan untuk menggoreng:
- 1 paket kway teow halus
- Telur
- Tauge
- Daun kucai
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, kisar bawang besar dan bawang putih, kemudian simpan dan tidak perlu gunakan lagi.
2. Campurkan sisa bawang dalam pengisar dengan air, kocak dan tuang ke dalam periuk, kemudian didihkan dengan 5 cawan air.
3. Setelah itu, rebus udang dalam 5 hingga 10 minit dan angkat udang yang telah direbus, kemudian simpan air rebus udang untuk kegunaan seterusnya.
4. Pisahkan bahagian kepala udang yang sudah direbus dan kisar bersama sedikit air rebusan tadi (saya menggunakan 10 ekor kepala udang).
5. Tapis untuk mendapatkan pati udang yang sebenar dan campurkan pati udang ke dalam air rebusan semula, kemudian ketepikan.
6. Untuk menyediakan kuah, panaskan minyak masak dan tumis bawang kisar tersebut.
7. Setelah bau wangi terbit, masukkan cili kering yang telah dikisar dan gaul dengan sempurna hingga pecah minyak.
8. Seterusnya, masukkan kicap biasa dan gaul sekali lagi.
9. Kemudian, tambahkan sos tiram bersama sos tomato dan gaul lagi sekali.
10. Setelah pecah minyak dengan baik, tuang air rebusan udang dan gaul rata.
11. Tambahkan pati ikan bilis, sos ikan, gula, dan garam (jika perlu).
12. Akhir sekali, masukkan petis udang supaya rasa lebih menarik dan biarkan kuah sejuk dalam bekas.
13. Untuk menggoreng char kway teow (dalam masa 3 minit sahaja, perlu pantas), panaskan minyak masak dalam 4 sudu dan masukkan 2 ekor udang yang telah direbus, kemudian setkan api pada kadar maksimum.
14. Tuangkan 4 senduk saiz sederhana kuah char kway teow (kena pandai sesuaikan mengikut saiz senduk, berhati-hati dengan api yang tinggi tetapi dapatkan pengalaman menggoreng seperti di restoran).
15. Tambahkan segenggam kway teow, tauge, dan daun kucai, kemudian pecahkan sebiji telur dalam kuali dan perlahan api. Kacau telur sekejap sahaja dan matikan api. Sedia untuk dihidangkan!
Payah untuk mendapatkan hidangan berkuah pekat di restoran, tetapi dengan resepi Char Kway Teow ini, anda boleh menikmatinya dengan lebih memuaskan.
Selamat mencuba!
Sumber: Liza Idris
Baca juga: Kuey Teow Ladna Dengan 4 Langkah Mudah, Boleh Buat Air Liur Meleleh!