Brownies kunafa pistachio merupakan sajian yang istimewa, menggabungkan kelembutan brownies dengan kerenyahan kunafa dan rasa pistachio yang premium.
Daripada membeli di luar dengan harga yang tinggi, lebih baik anda cuba resipi viral ini di rumah yang pasti berbaloi untuk dicuba.
Berikut adalah langkah-langkah penyediaan brownies kunafa pistachio untuk loyang berukuran 8×8 inci.
Baca lagi: Lelaki Ini Kongsi Resepi Puding Kek Batik Versi Jimat, Sumpah Sedap Dan Berbaloi
RESIPI BROWNIES KUNAFA PISTACHIO
Bahan-Bahan dan Cara Penyediaan:
Bahan untuk Kunafa Pistachio:
- 130g doh kunafa
- 50g mentega tulen
- 180g pes pistachio
- 30g minyak
Cara Penyediaan Kunafa Pistachio:
1. Hiris doh kunafa kecil-kecil menggunakan pisau, lalu leraikan supaya mudah untuk digaul.
2. Panaskan mentega hingga cair, masukkan doh kunafa yang telah dileraikan. Masak sehingga kunafa menjadi garing dan mentega meresap.
3. Campurkan pes pistachio dengan minyak, kacau hingga sebati.
4. Angkat doh kunafa yang telah garing, kemudian masukkan pes pistachio yang sudah dicampurkan dengan minyak. Gaul rata hingga semua doh bersalut.
Bahan untuk Brownies:
- 100g mentega
- 250g coklat gelap (campuran dark dan milk chocolate mengikut selera)
- 2 biji telur gred A/B
- 120g gula perang (blender hingga halus)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 100g tepung naik sendiri
- 30g serbuk koko
- Secubit garam halus
Cara Penyediaan Brownies:
1. Cairkan mentega bersama coklat gelap menggunakan kaedah double boil.
2. Campurkan telur, gula perang, dan esen vanila. Kacau hingga sebati (tak perlu kembang).
3. Masukkan campuran mentega dan coklat cair (ketika masih panas) ke dalam adunan telur. Kacau hingga semuanya merata.
4. Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, dan garam. Masukkan ke dalam adunan coklat dan kacau hingga semua bahan bercampur rata.
Cara Menggabungkan Brownies dan Kunafa:
1. Masukkan separuh adunan brownies ke dalam loyang yang telah dilapisi baking paper.
2. Taburkan sedikit adunan kunafa di atas lapisan brownies (kira-kira 50g untuk keseimbangan tekstur rangup).
3. Tuangkan baki adunan brownies di atas lapisan kunafa dan ratakan.
4. Taburkan baki kunafa di atas lapisan brownies.
5. Bakar pada suhu 150°C selama 45 minit menggunakan api atas dan bawah tanpa kipas.
6. Jika ada lebihan adunan kunafa, taburkan sekali lagi selepas brownies siap dibakar untuk menambah tekstur rangup.
7. Drizzle brownies yang telah masak dengan pes pistachio untuk memberikan sentuhan akhir yang lebih mewah.
Tips:
- Pastikan lapisan kunafa dalam brownies tidak terlalu tebal agar keseimbangan antara tekstur rangup dan chewy terjaga.
- Simpa brownies dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerangupannya.
Sumber: Puan Eha
Baca lagi: Resipi Roti Sardin Mini Rangup, Tak Serap Minyak Bila Goreng!