Cuaca yang panas membuatkan tekak teringin sesuatu yang dingin dan manis, jadi aiskrim terlintas di fikiran. Sesungguhnya, terdapat resepi aiskrim homemade yang sangat ringkas menggunakan hanya 5 bahan.
Tak kira golongan kanak-kanak maupun dewasa, semua insan menyukai aiskrim. Terlebih lagi apabila aiskrim tersebut disediakan sendiri di rumah, pastinya lebih ekonomi dan memuaskan.
Lina Kassim telah berkongsi resepi aiskrim homemade di Facebook yang bukan sahaja enak untuk dinikmati peribadi, tetapi juga sesuai untuk dijadikan jualan kecil. Mari kita cuba!
Baca juga: Resepi Aiskrim Cheese Indulgence, Buat Bentuk Cawan Begini Senang Nak Ngap!
RESEPI AISKRIM HOMEMADE
Bahan-bahan:
- 1 tin susu pekat manis
- 2 tin susu cair
- Sek sedikit garam
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar ovalette
Langkah-langkah penyediaan:
1. Gabungkan semua bahan dalam mangkuk besar (gunakan mangkuk pemutar untuk memudahkan kerja).
2. Pukul dengan kelajuan tertinggi selama 20 minit tanpa henti.
3. Selepas 20 minit, adunan akan menjadi kembang, gebu, dan lebih pekat.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan. Anda boleh menambah pewarna makanan (contoh: merah, hijau, biru, kuning).
5. Susun secara berlapis dalam bekas besar untuk mendapatkan kesan pelangi atau marble. Kreativiti menurut citarasa sendiri.
6. Simpan dalam peti sejuk bahagian beku (freezer) semalaman sebelum dihidangkan.
Setelah mencuba resepi aiskrim homemade ini, pasti menjadi kegemaran keluarga di rumah. Teksturnya yang lembut, rasanya manis seimbang, ditambah pula dengan warna yang menarik dan cantik.
Selamat mencuba!
Sumber: Lina Kassim
Baca juga: Aiskrim Malaysia Kacang Merah Zaman Sekolah, Manis & Lemak Berkrim Seperti Dulu!