Cipta Rempeyek Rangup Gaya Kreatif: Tebar Rasa Tanpa Acuan!


resepi rempeyek rangup

Rempeyek merupakan kudapan yang digemari oleh ramai orang, terutamanya semasa musim perayaan. Lazimnya, ia dihasilkan menggunakan acuan, namun kami menemukan resepi Rempeyek renyah tanpa memerlukan acuan sama sekali.

Rakyat Malaysia memang menyukai Rempeyek kerana rasa sedikit pedas, aroma bilis dan rempah yang menyelerakan. Dikatakan bahawa, snek ini sangat laku jika dijual.

Walaupun tiada acuan di rumah, anda masih boleh mencuba cara yang dikongsikan dalam resepi Rempeyek renyah oleh Zuhaidar Mohd Sofi di Facebook. Jom kita eksperimen!

Baca juga: Resepi Muruku Mudah, Gunakan Tepung ‘Ini’ Dapat Hasil Renyah Menjadi!

RESEPI REMPEYEK RANGUP TANPA ACUAN

resepi rempeyek rangup

Bahan-bahan:

  • 1 paket tepung beras jenama teratai atau gajah 3
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 genggam ikan bilis
  • 2 biji telur
  • ½ sudu teh kapur
  • Air (secukupnya agar adunan tidak terlalu cair atau pekat)
  • Kacang tanah (disangai)
  • Gula
  • Garam
  • Perasa (tambahan)

Cara-cara membuat:

1. Pertama, haluskan ketumbar, jintan manis, bawang putih, ikan bilis dan telur bersama air.

2. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam tepung.

3. Selanjutnya, masukkan air kapur, garam, gula, dan perasa.

4. Gaul hingga sekata agar tepung tidak berketul (adunan mesti sudah cukup, tidak cair dan tidak pekat), kemudian tambahkan kacang tanah.

5. Seterusnya, panaskan minyak dan mulakan menggoreng. Pastikan minyak benar-benar panas untuk mengelakkan ia melekat di tepi kuali.

resepi rempeyek rangup

6. Tuang adunan di bahagian tepi kuali dan siram-siramlah minyak di sekitar rempeyek (nanti rempeyek akan tenggelam ke dalam minyak).

7. Akhir sekali, goreng sehingga keemasan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Bukan sahaja sebagai makanan ringan pada mana-mana acara, Rempeyek juga boleh dijadikan hadiah dan goodies bag untuk majlis kahwin.

Jika anda kehabisan idea tentang snek untuk disantap di rumah, boleh gunakan resepi Rempeyek renyah ini. Setiap kunyahan pasti akan membuatkan anda tidak berhenti makan!

Selamat mencuba!

Sumber: Zuhaidar Mohd Sofi

Baca juga: Kuih Cincin Yang Rangup, Sedap Seperti Dibeli Di Sabah



Sumber pautan

Scroll to Top